
Lagu: Si Lemah
Artis: RAN & Hindia
Komposer & Lirik: LaleIlmanNino / Baskara Putra
Produser: LaleIlmanNino / RAN
RAN menerusi rencana terbaru karier muzik mereka meluncurkan projek muzik bernama “Omne Trium Perfectum: The Series” yang merupakan satu fasa baru karier muzik mereka dalam menghasilkan lagu-lagu yang lebih bersifat humanis.
Berawal dengan rilis berjudul “Ain’t Gonna Give Up” yang ditulis Rayi pada bulan Ogos tahun lalu, dilanjutkan dengan persembahan dari Asta pada bulan Oktober 2019 dengan single Saling Merindu. Terkini trio Pop seberang ini merilis sebuah lagi lagu berjudul “Si Lemah”.
Apa yang lebih istimewa menerusi single terbaru ini mereka menghadirkan kolaborasi bersama pemuzik yang semakin mencuri perhatian dengan karier solonya – Hindia menerusi penghasilan “Si Lemah.”
Muzik di lagu ini masih kental esen muzik RAN dalam beberapa lagu popular mereka sebelum ini dan inilah kekuatan mereka sebagai trio Pop yang sentiasa dinantikan kelibat di pasaran muzik nusantara. Lagu ini lebih istimewa di bahagian liriknya yang cukup relevan dengan keadaan semasa.
Mengangkat isi cerita keyakinan diri, musuh sebenar diri dan mencari kekuatan di balik kelemahan yang ada dalam diri. RAN dan Hindia membawa ilham muzik itu lebih dari sekadar hiburan kosong semata tetapi mampu diisi dengan tenaga yang positif dan memotivasikan pendengar.
Bait lirik seperti “Hai si lemah buatlah semesta menerima dirimu apa adanya.” Cukup berisi kisah manusiawi dan idea kesempurnaan hidup itu sendiri.
Lagu ini saya kira bergerak sebagai sebuah kritikan sosial yang baik. Seperti saya katakan tadi “Si Lemah” tidak hanya sekadar lagu yang memberi hiburan tetapi pengisian yang cukup bagus buat semua pendengar
9/10
ARTIKEL BERKAITAN