
guilty plea single perdana album “the pen is mightier”
Pertama kali saya betul-betul mendengar Kyoto Protocol hanya ketika mereka berkolaborasi bersama Liyana Fizi menerusi single “Jelita” sekitar 2013 dan selepas itu rasanya mereka tampil dengan anthem “KL I Love You” dan kemudian versi bahasa diedarkan pada tahun 2016 “KL I Sayang You”
Ramuan rock n roll mereka saya kira cukup authentic tanpa pengaruh Pop yang keterlaluan untuk masuk dengan pasaran massa seperti kugiran lain. Esen rock mereka saya kira jika anda bukan jenis layan rock n rolll macam saya pun rasanya tak ada masalah sangat untuk dapat feel.
Antara sebabnya saya kira sebagai orang Malaysia rasanya rencal rock n roll dah sebati sejak zaman Search dan Wings lagi sekalipun apa yang dihidangkan KP bukanlah seratus peratus serupa dengan apa yang Search atau Wings pernah beri.
Album ini dibuka sederhana dengan “Universal Rhyme” yang momentum muziknya bergerak perlahan dan menjadi rancak hingga ke hujungnya. Persis corak muzik The Stroke dan Franz Ferdinand. Momentum muzik hebat trak pertama tadi diteruskan dengan “Guilty Plea” yang terlebih awal diedarkan sebagai single perdana album ini.
“Guilty Plea” lebih catchy dengan drum beat, riff guitar yang memang boleh layan. Korusnya menjadi lebih baik dan seronok didengar. Saya sukakan pengucapan Fuad dalam menutur lirik dalam nyanyiannya. Jelas dan punya attitude. Kalau AIM masih ada saya mahu Fuad mendapat nominasi Vokal Lelaki Terbaik. This song definitely represent pasaran muzik hari ini – Masih catchy dalam ramuan rock-nya.
“One Step” dan “The End” dua trak favorite saya dalam album ini selain Guilty Plea yang punya melodi yang sedap dan mesra pendengaran. Pembukaan “The End” cukup menarik dengan bait lirik “It’s the end of your life you got nothing to hide.” “Beautiful” yang lebih relaks sifatnya.
Kyoto Protocol saya kira punya visi muzik mereka yang jelas tanpa terikat idea untuk conquer pasaran massa tetapi lebih kepada mengekalkan estetika muzik yang mereka juangkan. Album ini saya sifatkan sebagai sebuah produksi muzik yang cukup solid dan kemas penghasilannya.