Saya tertarik dengan statement Bunkface dalam artikel Astro Gempak tentang fenomena banyak lagu popular hari ini mundur dan ke belakang. Biar awalnya saya kira fenomena anak muda dengan idea lama ini okey tetapi nampaknya lambakan muzik begini semakin memualkan.
Dan saya kira itulah yang dimaksudkan Bunkface – apabila terlalu banyak menggunakan formula serupa sebagai batu loncatan untuk popular maka tiada lagi perubahan atau peralihan dalam muzik. Dalam kata lain kita stagnant denga idea serupa.
Tapi saya kira itu realiti dunia muzik kita. Akar balada, jiwang, leleh, lentok, lunyai itulah jiwa kita. Pasaran muzik rock satu sisi cerita berbeza. Golongan ini saya kira tidak mementingkan lagi airplay kerana apa yang lebih penting adalah untuk terus menghasilkan lagu-lagu yang kena dengan jiwa mereka.
Jika menoleh kepada perkembangan band indie pula tidak banya yang betul-betul menarik perhatian saya. SOG antara yang dominan but they don’t grip my soul. Idea mereka terlalu dekat dengan apa yang Butterfingers buat dulu jadi tiada kelainan.
Saya sukakan The Venopian Solitude tapi sinceHikayat Perawan Majnun tiada lagi naskhah menarik. Nastia dalam Rapuh karya komersil yang menonjol tahun ini dan saya boleh katakan itu antara lagu terbaik pernah dicipta tahun ini.
Masdo dan Orkes A. Hizadin juga antara yang menarik tapi masih jauh lagi perjalanan mereka untuk benar-benar sustain. Bakat baru wanita juga semakin membosankan. Semuanya bawa idea muzik serupa yang saya boleh bahagikan kepada dua iaitu kelompok muzik Balada (Wany Hasrita) dan urban yang lebih kecil pasarannya dan kurang originality seperti Nik Qistina.
Jadi,
Saya beralih kembali mendengar karya-karya Indonesia. Biar sebetulnya muzik Indo bukanlah baru untuk saya tapi saya cuba mencari sesuatu yang jarang atau sukar saya hadam kemudian saya fahamkan.
Sekitar tahun 2014 saya ke Jakarta untuk Java Jazz menemukan saya dengan beberapa nama segar seperti Yura Yunita dan sejujurnya bila ke Jakarta saya suka ke kedai-kedai CD kecil mencari album-album terpencil daripada bakat-bakat indie di sana.
Lately dengan bantuan carian Apple Music juga Spotify menemukan saya kembali dengan band-band hebat Indo. Yang paling saya suka Mondo Gascoro, Banda Niera, Bin Idris, Pandai Besi dan Tigapagi.
Estetika muzik mereka cukup tinggi. Tidak hanya sekadar bermain dengan idea mahu menjadi ‘berbeza’ tetapi sangat dekat dengan ilham muzik nusantara yang tidak terlalu dicampuraduk elemen semasa untuk kedengaran current.
Lagu-lagu seperti Alang-Alang (Tigapagi), Sampai Jadi Debu (Banda Neira), Senandung Lagu Lama (Mondo Gascaro), Akad (Payung Teduh) dan Rintik (Pandai Besi) jadi melodi on repeat. Mereka lari jauh daripada idea pop semasa Indonesia namun masih diterima cukup meluas kerana keterbukaan pendengar di sana.
Saya fikir kita cukup bertuah memiliki bakat serius seperti Monoloque, Noh Salleh dan Atilia yang masih mahu menghasilkan album penuh dengan kualiti yang bukan calang-calang. Saya berterima kasih kepada mereka kerana biar mereka sedar pasaran muzik mereka kecil tetapi atas nama seni muzik itu sendiri mereka laburkan jua sejumlah wang yang bukan kecil untuk menghasilkan sebuah album yang solid.
Saya berharap Nastia dapat mengeluarkan full album kedua mereka selepas single Rapuh yang semakin popular di radio. Langkah mereka bersama Faithful Music semakin tersusun dan perancangan mengkomersilkan muzik Nastia saya kira berada di landasan yang tepat.
Pada masa yang sama saya begitu teruja menantikan album terbaru Ella yang akan di pasaran 21 September ini. Seminggu lalu legenda muzik tanah air ini sudah mengeluarkan single pertama berjudul KUu Sedia karya Faizal Tahir, Mike Chan dan Ezra Kong yang saya sifatkan cukup cemerlang penghasilannya.


