Tinggal hanya beberapa hari kita akan merayakan sebuah pesta muzik yang paling dinanti saban tahun. Di saat AIM semakin sepi – sebut saja tidak lagi relevan. I mean Poova Artis Baru Terbaik mengalahkan SonaOne? Mana dia sekarang dan SonaOne bersama Joe Flizzow menang Juara Lagu, duet dengan Yuna etc etc.
Relevan, itu apa yang cuba saya sampaikan. AIM selepas fasa Ramli MS dan Jennifer Thompson jadi makin krikk krikk. Dan saya pusing tengok, baca dan perhati semula sejarah Juara Lagu nampaknya juara-juara pesta muzik ini lebih menepati terma Lagu Terbaik.
Lagu yang bagus bagi saya harus seimbang segala bentuk. Bukan sahaja keaslian penciptaan melodi yang sedap, lirik yang puitis dan penyampaian yang baik tetapi kena popular. Kenapa kena popular? Kerana hanya yang terbaik dan popular sahaja akan mengecap level Evergreen.
Dan disebabkan itu Kau Kunci Cintamu Dalam Hatiku, Isabella, Janji Manismu, Teratai Layu di Tasik Madu, Tanya Sam Itu Hud-Hud, Jerat Percintaan, Bunga-Bunga Cinta, Gemilang, Lagu Untukmu dan paling terkiniLelaki Teragung menjadi lagu yang sentiasa on demand, yang sentiasa radio pasang dan sentiasa boleh didengar (walaupun kadang jelak jugak).
Lagu-lagu yang saya sebutkan tadi sudah capai satu tahap evergreen dan yang menariknya lagu-lagu tersebut bukanlah lagu-lagu yang menang kategori Lagu Terbaik AIM. Di sini yang saya maksudkan AJL lebih relevan untuk pasaran yang bersifat nasional setidaknya. Penerimaan berterusan dan keseimbangan antara nilai seni muzik dan komersil.

SISTEM PENJURIAN DAN PEMILIHAN JUARA
Saya tidak tahu bagaimana sistem penjurian AJL dibuat secara details. Setakat yang kita tahu, beberapa barisan juri dilantik untuk menilai dan dan markah secara terkumpul dilaksanakan. Maka yang paling tinggi dikira sebagai juara. Itu perihal standard mana-mana penjurian.
Pabila Tolong Ingatkan Aku persembahan Ana Raffali diumumkan pada AJL Ke-25 mengundang suasana kurang senang. Maka banyaklah pihak yang mempertikai pemilihan yang dibuat juri ketika itu diketuai sifu M.Nasir. Kisah serupa terjadi pada beberapa tahun sebelumnya, pabila Keliru – Ajai & Nurul karya sepenuhnya Aidit Alfian menerima respons serupa.
Masa Kelirudiumumkan Juara ramai yang menebak Nirmala atau Menadah Gerimis. Tapi sejujurnya saya sangat setuju dengan pemilihan Keliru yang lebih Pop, moden dan muziknya ke depan berbanding lagu-lagu yang lainnya. Bak kata idola saya Saniboey, Nirmala tu terlalu Pak Ngah and what’s new about it?
Tolong Ingatkan Aku menepis terus dua lagu hebat Faizal Tahir Selamat Malam dan Hanyut yang disebut sebagai calon juara sebelum malam pertandingan. Namun saya kira Tolong Ingatkan Aku cukup besar sifat humanisme-nya berbanding lagu lain yang terlalu terus bercerita tentang cinta. Lihat sahaja pesaing lainnya Cinta Sempurna, Sofea Jane dan Ku Ada Kamu umpamanya.
Jika ada satu tahun yang saya kurang setuju dengan juaranya adalah AJL 30 bila juri decideuntuk memilih Potret (Akim & The Majistret). Saya tidak cakap lagu tersebut tidak bagus tetapi untuk menewaskan Assalamualaikum (Faizal Tahir) adalah sesuatu yang tidak masuk akal. Biar sehingga hari ini saya masih rasakan Assalamualaikum harus menjadi juara tahun tersebut.
Jiwa besar dalam Assalamualaikum bukan calang-calang naskhah yang kita boleh dapat selalu dan sejujurnya Potret itu terlalu Pop dan forgettable untuk diangkat sebagai naskhah juara. Mewangi menurut saya lebih baik tetapi gagal ke final pada tahun sebelumnya.
M.NASIR PEMEGANG REKOD JUARA TERTINGGI
Sifu muzik M.Nasir memegang rekod tertinggi sebagai komposer yang paling banyak menang sepanjang musim penganjuran Anugerah Juara Lagu dengan empat kemenangan keseluruhan. 3 kemenangan sebagai komposer dan penyanyi dan satu lagi kemenangan sebagai komposer menerusi lagu Tanya Sama Itu Hud-Hud, Ghazal Untuk Rabiah (Bersama Jamal Abdillah), Andalusia dan Awan Nano(Persembahan Hafiz).
Rekod ini diekori rapat Arwah Adnan Abu Hassan (Jerat Percintaan & Bunga-Bunga Cinta) dan Pak Ngah (Cindai & Balqis) dengan kemenangan sebanyak dua kali sepanjang 32 tahun penganjuran AJL sehingga hari ini.
PRISMA POP AJL 32
Sejujurnya dua belas lagu yang bertanding tahun ini tidaklah berada di tahap yang terlalu bagus. Semua masih berlegar ilham Pop semasa, tidak kurang juga yang sekadar mencedok ilham muzik 90-an yang dah terlalu banyak bagi saya.
Kejutan manis yang saya harapkan tahun ini. Tentu saja saya tidak mahu Warkah Untukku, Lebih Sempurna atau Bayang menang juara. Kalau tiga lagu ini diangkat top 3 sekali pun saya rasa AJL jadi makin tak menarik.
Kejutan manis bagaimana yang saya harapkan? Kita imbas kembali kemenangan Apa Khabar yang cukup-cukup membanggakan. Dan sejujurnya saya memang sangat berharap Apa Khabar menang untuk duo hip-hop ini pulang bangga.
Kenapa saya mahu Apa Khabar menang tahun tersebut? Sebabnya mudah, lagu tersebut datang dengan formula muzik yang current, memecah dominasi klise muzik Melayu dan punya nilai evergreen yang akan kekal lama sifat juga keberadaannya dalam pasaran muzik lokal. Korus catchy, lirik jujur telus meaningful dan Apa Khabar sebuah lagu yang bersifat cukup personal tetapi boleh dinikmati semua. Dan arrangementApa Khabar malam tersebut – 5 bintang! A world class performance.
Hal hayat dalam lagu sangat penting bagi saya. Lagu yang bagus senang dan banyak tetapi lagu yang boleh bertahan lama itu yang semakin sukar dicari. I mean siapa saja yang masih mencari Cinta Muka Buku untuk didengar dan lagu tersebut adalah finalis yang menurut ramai sekadar meninggikan rating tontonan (tapi saya tidak menidakkan bakat penciptaan lagu yang ada pada Najwa Latiff).

JUARA YANG MANA PILIHAN MUZIKKITA?
Berderu juga DM di Instagram kami bertanyakan siapa yang MK jangkakan untuk menang tahun ini. Secara peribadi dan terus dijelaskan di sini – Jampi memiliki semua elemen yang saya jelaskan dari awal tadi.
Potensi lagu ini untuk dibesarkan sifatnya di pentas AJL begitu luas. Struktur atau asas Jampi saja sudah menang bab originality. Jika disusun kemas seperti apa yang dilakukan Justin Timberlake dalam persembahan BRITS Awards, Jampi akan wow the whole stadium even the whole semesta.
Lagu ini punya sifat hampir serupa dengan Mirror. All the guitar riffs dari awal hingga ke hujung lagu disatukan dengan susunan string dan tambah trumpet repertoire dan back-up vokal yang strong, Jampi akan buat semua terjampi dengan the whole productionpersembahan tersebut.

Akan tetapi itu hanya visual saya sahaja. Bagaimana team Hael mahu membentuk Jampi saya tidak tahu tapi apa yang saya tahu Jampi cukup segala elemen untuk jadi calon juara terbaik tahun ini. Saya cuma takut kalau Hael tampil dengan idea mirip persembahan Anugerah Skrin tahun lalu. Saya hanya mampu senyum jelah. It was a really bad idea! #JanganBuatLagi #Please
Line-up AJL 32 penuh dengan lagu-lagu yang melodious. Tergantung Sepi punya melodi yang paling sedap, korus cemerlang Aku Cinta dan Akhirnya Cinta juga antara yang bagus. Komposisi istimewa Ajai dalam Separuh Matiku Bercinta antara yang cukup kemas dan terperinci penciptaannya. Saya juga punya harapan untuk Ajai pulang sebagai juara untuk lagu ini.

Persoalan sama ada Sejati mampu dinobatkan sebagai lagu terbaik tahun ini selepas kemenangan AIM 2 tahun lalu belum siapa tahu. Nora dengan Menyemai Cinta Bersamamu menang besar 2 kategori di AIM tapi tewas dengan Seandainya Masih Ada Cinta di AJL. Jadi tiada jaminan untuk Sejati bergelar juara tetapi Sejati kuat di bahagian liriknya begitu juga dengan Aku Yang Sebenar (Hazama) yang mungkin dilihat sebagai calon underdog.
Sebetulnya siapa pun yang menang itu hal kedua. Apa yang paling penting adalah sumbangan AJL sebagai apresiasi seni muzik tempatan itu yang harus kita semua berterima kasih. TV3 setidaknya memberi hiburan yang ada value dan tidak syok sendiri (in terms of penerimaan).
Harapan saya agar TV3 dapat pertimbangkan untuk memperkenalkan kategori Susunan Muzik Terbaik. Sayang arrangement hebat Apa Khabar, Tak Pernah Menyerah dan Lelaki Teragung tahun lalu disia-siakan tanpa sebarang apresiasi. Atau setidaknya beri kredit ketika persembahan dilakukan.

Satu lagi harapan saya buat semua yang akan perform cukup-cukuplah dengan idea drama pentas. Tak perlu berlakon, tak perlu gimik bukan-bukan. Stand still, bergerak bila perlu dan bernyanyilah sepuas hati anda. Jangan tenggelamkan lagu yang bagus dengan persembahan yang murah.
Nota kecil: Rujuk betapa besarnya persembahan monokromatik Lelaki Teragung tahun lalu yang hanya bermain dengan melodi, pencahayaan, kostum dan figura Dayang kerana di hujungnya jiwa penyanyi itu yang mahu kita rasakan dan resapi dan merinding. But then again, tak semua punya kebesaran yang Dayang miliki.
Selamat maju jaya muzik Malaysia…