
Tanpa perlu pengenalan, Aishah legenda muzik Pop tempatan yang sudah kukuh namanya dalam persada muzik tempatan. Barisan hits Janji Manismu, Camar Yang Pulang, Kasih Kita, Merenung Bulan dan Cinta Beralih Arah sudah meniti bibir penggemarnya lebih dua dekad lamanya.
Kehebatannya dalam menerajui bidang Pop nusantara tidak dapat disangkal lagi dengan barisan persembahan hebat, lagu-lagu yang sentiasa menjadi siulan sekali gus menjadi idola ramai penyanyi yang menjadikannya inspirasi.
Setelah kejayaan dalam program TV Gegar Vaganza musim ke-4 pada tahun 2017 dia kembali dengan naskhah Balada yang menjadi kekuatannya selama ini dengan pengalaman selama 30tahun didalam industri muzik.

Meneruskan rangkaian hits di atas, Aishah tampil dengan single “Malar” karya cipta Hazami sepenuhnya yang cukup menyentuh dengan kemampuan vokal Aishah yang cukup mempesona.
Malar adalah sebuah lagu bergenre balada yang hasil ciptaan sepenuhnya oleh penyanyi dan komposer terkenal, Hazami dan telah diterbitkan sepenuhnya oleh Cloudworks Entertainment. Malar menceritakan tentang Aishah yang masih kekal didalam industri sehingga kini.
Ia juga menceritakan tentang betapa kekalnya kasih sayang sesama manusia juga terhadap Pencipta. Pada 12 Disember 2018 ini, Aishah bakal melancarkan lagu dan muzik video rasmi Malar yang akan diadakan di Red Box Karaoke, The Gardens Mall. Lagu dan muzik video rasmi Malar boleh didapati didalam versi karaoke eksklusif disemua rangkaian karaoke Red Box, Red Box PLUS dan Green Box.
ARTIKEL BERKAITAN