Lagu: Nobody
Artis: Faizal Tahir
Komposer & Lirik: Masdewangga / Firdaus Rahmat / Faizal Tahir / Faizal Tahir / Mage / Mike Chan
Produser: Adib Sin / Faizal Tahir /Mike Chan
Kraf muzik Faizal Tahir bergerak laju tahun ini dengan penghasilan beberapa single seperti “Sumandak”, “Sad To Cry” juga kolaborasi hebat tahun ini bersama Dayang, Tuju dan YonnyBoii menerusi hits “X Missing U”.
Modern Pop yang mengembangkan citarasa muzik lokal terhasil atas kolaborasi Faiza Tahir bersama batalion muziknya di Faithful Music bersama dua produser muda yang cukup berpotensi besar – Mas Dewangga dan Firdaus Rahmat.
Kolaborasi pertama mereka menerusi “Sad To Cry” yang beredar beberapa bulan lepas diteruskan dengan single “Nobody” yang sekali lagi terhasil dalam sebuah ilham Pop + Ballad yang dikemaskan dengan melodi yang baik dan kemasan produksi muzik kelas satu FT dan rakan-rakan muziknya.
Kekuatan”Nobody” sebagai naskhah Pop tentu saja kerana catchy melodi dan lirik sing-a-long di ruang korus yang menjadi signature muzik FT di kebanyakan lagu-lagunya.
Rencana muzik Faizal Tahir sepanjang tahun ini membuatkan saya kira dia sudah berjaya memecahkan tembok muzik Balada meleleh dan menggantikan dengan sound yang lebih current dan moden.
Dan kepercayaan yang ada pada Faizal Tahir untuk berkolaborasi bersama produser muda Mas Dewangga dan Firdaus Rahmat adalah cara terbaik untuk bakat senior seperti FT nourish new talent dalam muzik yang datang dengan potensi cukup besar mengubah landskap Pop lokal ke tahap yang lebih baik.
8/10
ARTIKEL BERKAITAN