
Lagu: BYE
Artis: Naura Ayu
Komposer / Lirik / Produser : LaleIlmaNino
Meneruskan kelangsungan bermuzik sebagai bintang Pop pelapis Indonesia, Naura Ayu yang sudah bermuzik sejak usia 9 tahun dan memiliki 3 album melebarkan langkah bermuziknya dengan ilham baru Pop bersama produser muzik LaleIlmanNino.
Menginjak usia keremajaan, Naura semakin nasty dalam penghasilan lagu-lagu Pop yang tidak hanya terikat pada ilham Balada sahaja. “Cinta” rakaman semula lagu asal Vina Panduwinata diraikan dalam sebuah persembahan yang penuh godaan. Attitude bermuzik yang dia miliki benar-benar diresapi sebaiknya.
Tanpa mahu berpaling pada idea tersebut, Naura kali ini tampil lebih fun and young di single berjudul “BYE” hasil karya cipta trio muzik Pop yang semakin digilai – LaleIlmanNino yang sebelum ini cukup banyak membentuk nada baru muzik Indonesia.
“BYE” bergerak sebagai nyawa baru Naura dalam terus memikat pendengar muda khususnya. Saya benar-benar enjoy dengan persembahan keseluruhan lagu ini yang nyata cocok dengan usia, penampilan serta karakter vokalnya.
Penceritaan Naura menyatu baik dengan persembahan melodi serta lirik yang dihasilkan. Tanpa perlu bergantung pada kisah patah hati, “BYE” membawa cerita persahabatan, perselingkuhan dan kepercayaan yang dipertaruhkan.
Naura saya kira seharusnya kekal dalam jaluran muzik begini yang nyata memberi nadi muzik yanglebih tersendiri buatnya. Persembahan begini harus diteruskan bagi single yang mendatang.
7.8/10
ARTIKEL BERKAITAN