
Lagu: Tatapan Nona
Persembahan: NAKI
Komposer / Lirik: NAKI / Darien Sebastian
Produser: Darien Sebastian
NAKI antara pemuzik pelapis yang memiliki idea segar dalam penghasilan lagu-lagu. Sejak mengenalnya lewat lagu “Pamit” – NAKI sudah menggugah ilham bermuziknya tanpa perlu terikat dengan idea yang banyak di pasaran muzik tempatan. Apa yang dia tawarkan bergerak sendiri dengan pengaruh muzik Indonesia yang kuat juga sebetulnya.
Namun dia mengadun setiap pengaruh itu dengan acuan muzik yang menjadi sound NAKI itu cukup prominent. Bersama produser muzik Darien Sebastian terhasil melodi seperti “Tarian Si Juwita”, “Datanglah Sang Puteri” sehingga hits yang memberi tuah buatnya dikenali iaitu “Masa”
Tahun lalu, NAKI tidak membuang banyak waktu menghasilkan album penuh yang saya letakkan antara Pop terbaik yang dihasillkan sepanjang tahun. Dan bagi meneruskan kelangsungan populariti “Datanglah Sang Puteri” dan “Masa” – NAKI tampil dengan single terbaru “Tatapan Nona”.
Tanpa perlu begitu membuat saya harus mendengar berkali-kali, NAKI sudah menjerat saya dengan groove yang ada di lagu ini. “Tatapan Nona” sebuah pentafsiran pada kematanga bermuzik NAKI. Melodinya cukup mengikat, terutama di bahagian korus yang penuh attitude.
“Tatapan Nona” memiliki pengaruh J-Pop dengan ingusi muzik Jazz yang minimal namun masih berpaksi pada kekuatan NAKI sebagai pemuzik. Mendengarkan lagu ini untuk kedua dan ketiga kalinya membuatkan saya semakin tertarik dengan penghasilannya.
Di saat ini saya semakin pasti bahawa NAKI sememangnya tahu dengan arah yang mahu dia tujui. “Tatapan Nona” pentafsiran terbaik sebagai sebuah kelangsungan pada penghasilan hits “Masa”. NAKI bukti jika berbekal rujukan yang baik dan cita rasa tepat dalam muzik bakal akan ada sesuatu yang segar terhasil daripadanya.
8/10
ARTIKEL BERKAITAN