
Lagu: Purnama
Artis: Naim Daniel
Komposer / Lirik: Amzar Razqa
Susunan Muzik: Hanis Rafi / Omar K
Produser: MyPopMachine
Mixing & Mastering: Audi Mok
Naim Daniel dalam rencana untuk serius bergelar penyanyi saya kira sudah terbukti dalam rangakaian lagu-lagu yang siap dirilis sejak 2018 dengan Pop “Sekali Lagi”. Setelah itu dia semakin rancak dalam menyusun rentak untuk semakin disukai juga disayangi sebagai bakat pelapis muzik tempatan yang boleh dibanggakan.
Dan ya, menerusi “Sumpah” lagu cemerlang 2019 menjadi bukti Naim sememangnya bakat muda yang sangat boleh kita harapkan untuk melestarikan landskap Pop tempatan dengan suntikan citarasa muzik yang current.
Tahun ini sahaja dia semakin selesa menyusun kembara muziknya dengan merilis empat lagu “Sembah”, “Sedih”, kolaborasi menarik “Lara” Hael juga Haqiem dan yang terbaru “Purnama”.
Korus “Purnama” sudah beberapa bulan awal dikongsi Naim di akaun Instagram miliknya yang pastinya cukup hook untuk mengikat dan memikat kita sebagai pendengar. Amzar Razqa (Ke Mana kolaborasi Kodhi) menghasilkan sebuah melodi yang cukup kuat feel Balada Melayunya. Rintihnya dirasai seawal petikan piano di lagu ini.
Flute Mohar menambah rasa sayu yang saya kira memang dengan mudahnya membuat pendengar kita larut dalam penghasilan lagu ini.
Cuma secara peribadi saya fikir flute di lagu ini agak dominan di sepanjang lagu yang menjadikan lagu ini sedikit lembik dan sedikit mematikan momentum lagu ini untuk bergerak sebagai Balada yang current. Namun hal ini diselamatkan dengan produksi muzik yang kemas dan vokal Naim yang tidak terlalu meleweh.
Naim sangat in control Dalam penyampaian vokalnya tang tidak terlalu perlu merintih. Dia menyampaikan teks lirik lagu ini secukup rasa, seadanya dalam satu rasa penuh pasrah yang cukup dirasai.
Dan hal ini membuatkan Naim penyanyi yang bijak dan diproduksi produser yang sangat bijak untuk balance kan hal-hal seruling, vokal dan pengisian cerita di lagu ini melengkapi antara satu sama lain.
Visi saya terhadap “Purnama” sebetulnya mahu melihat lagu ini lebih besar sifatnya dengan full string session yang boleh buat lagu ini lebih gila. Rujukan saya adalah “Andainya Takdir” Anuar Zain dan saya percaya “Purnama” mampu ke arah itu. Tapi itu hanya expectation saya.
Namun perspektif saya berubah pabila mendengar sambil menonton muzik video “Purnama” – Visual di muzik video lagu ini memainkan peranan untuk kita benar-benar larut dengan elemen kesayuan muzik yang siap di lagu ini.
Pengalaman mendengar sahaja dan mendengar sambil menonton MV lagu ini memberi dua impak berbeza buat saya setidaknya. Dan yes, flute Mohar itu menyatu cukup baik sekali dengan visual di muzik video lagu ini.
Hal ini membuatkan saya fikir “Purnama” bergerak tidak hanya bergerak sebagai sebuah naskhah audio tetapi datang dengan pengalaman visual yang sangat mengesankan. A very smart move.
“Purnama” saya kira cukup baik sebagai sebuah naskhah komersil untuk pasaran semasa, pendengar kita akan sangat suka dengan lagu ini dan Naim akan ada sebuah lagi lagu cari makan dalam portfolio muziknya. Sebuah kerja studio yang kemas dan memuaskan.
9/10
ARTIKEL BERKAITAN
“LARA” Kolaborasi Pop Terkini Hael Husaini, Naim Daniel, Haqiem Rusli & MFMF.