Album: Amatuer
Artis: Mikha Angelo
Produser: Mikha Angelo
Perjalan muzik Mikha Angelo yang berawal di pentas X Factor bergerak cukup sederhana sebelum memuncak bersama band muziknya “TheOvertune” yang cukup berhasil menerbikan rangkaian hits seperti “Bicara”, “I Still Love You”, dan “Takkan Kemana” antaranya.
Memperlahankan langkahnya bersama trio TheOvertune, Mikha aktif sebagai komposer dan produser muzik buat rakan artis lainnya seperti Raisa, Fatin, Nadin Amizah dan Monita Tahalea antaranya.
Dan meyakinkan dirinya sendiri untuk grow sebagai pemuzik, Mikha menerbitkan single solonya berjudul “Shot” dan “Run” yang lebih awal beredar sebelum debut “Amateur” menyinggah ruang dengar penggemarnya.
Menerusi “Amateur” Mikha Angelo melewati pasaran muzik Pop yang mengambil pengaruh Folk juga Alternatif yang dimodenkan bunyiannya dengan sentuhan muzik yang menjadi signature Mikha sendiri.
Pesona Mikha sebagai pemuzik yang matang cukup dirasai menerusi debut solonya ini. Setiap lagu tersusun kemas dan rapi dalam 8 rakaman lagu yang bukan sahaja membuat anda sebagai bangga dengan hasil kerjanya namun ia bergerak sebagai satu terapi bunyi yang cukup menyenangkan.
Dibuka dengan “Amateur” yang cukup perlahan membuai dengan melodi yang terhasil lembut juga penulisan lirik yang menyenangkan rasa “With all the stars, That shines above me in a lonely night, It’s warm inside my heart.”
“Stay Awhile” saya letakkan sebagai penulisan terbaik Mikha di album ini – baik melodi juga lirik kedua-duanya menyatu cukup sempurna sebagai satu spirit yang membentuk naskhah ini begitu istimewa sekali. Segala kelembutan rasa ini diteruskan dalam lagu-lagu lainnya seperti “Middle Ground” dan “Fairy Tale”.
Usai menghabiskan 31 minit mendengar album ini, saya kira anda tidak perlu menjadi penggemar Mikha atau mengenalinya untuk anda jatuh cinta dengan muziknya. “Amateur” terhasil dengan cukup cemerlang mengusik jiwa-jiwa manusia yang cukup tinggi estetika penulisan dan jiwanya.
8.7/10
ARTIKEL BERKAITAN