
Jika ada yang masih ingat NJWA sempat tampil dengan single berjudul “Ocean” tahun lalu menerusi EP self-titled yang berisi 3 lagu lainnya. Soulful ballad yang dicipta NJWA ini hadir memikat sebagai sebuah kraf muzik yang cukup membanggakan.
Meneruskan kelangsungan dalam kredibiliti bermuzik, kolaborasi khusus yang diusahakan gerakan muzik Mostacho Xperiment menghasilkan sebuah rendisi terkini “Ocean” dalam satu rakaman langsung yang melibatkan 6 pemuzik daripada 6 negara berbeza.
“Ocean” versi terbaru yang diedarkan 9 Ogos lalu, dirakam lebih awal pada tahun 2013 di Buskerville Studiosin Queens, New York. Melibatkan pemuzik seperti NJWA, Eitan Akman, Haruka Yabuno, Dave Lowenthal yang diketuai band leader, Andrés Marín.
Tampil dalam produksi muzik yang mengambil ilham Emily King dan Hiatus Kaiyote sebagai inspirasi dalam menghasilkan sound yang sinonim dengan karakter muzik jazz Mostacho Xprmnt.
Bagi yang baru mengenali Mostacho Xprmnt merupakan kugiran R&B, Jazz yang bergerak awal di Brooklyn New York oleh ahlinya Andreas Marin. Sering melakukan persembahan di pentas live seperti No Black Tie khususnya, kugiran ini merentas benua dalam menghasilkan muzik mereka. Antaranya ke Korea bersama Song Yi Jeon dan yang terkini NJWA.
“Ocean” dalam versi rakaman langsung ini saya kira mengukuhkan lagi portfolio muzik NJWA yang cukup sinonim dengan ketelitian dalam bermuzik tanpa berkompromi dengan apa yang pasaran lokal mahukan.
Dalam perkembangan lain, NJWA yang beberapa bulan lalu tampil dengan single “Take Love Back” bakal tampil dengan sebauh muzik video terbaru single tersebut yang bakal diumumkan dalam masa terdekat.
8/10
ARTIKEL BERKAITAN