
Jika disuruh pilih satu produser muzik paling berpengaruh dalam hierarki muzik tempatan nama Azlan Abu Hassan yang teratas akan saya letakkan. Kehalusan penciptaan melodi dalam repertoire muziknya terlalu istimewa dan besar bagi saya.
Dari 1985 saat “Sinaran” meninggikan nama Sheila Majid sehingga 1997 saat dia membuat saya melayang sejauhnya dalam Soulful ballad “Selamanya” persembahan cemerlang Innuendo. Tidak satu lagu pun ada yang masih gagal membuat saya kagum dengan komposisinya yang cukup tersendiri.
Lagu “Selamanya” is the reason why Azlan Abu Hassan menjadi one of the best music producer. Penciptaan melodinya cukup kemas, tersendiri dengan susunan muzik yang seringnya beriiring kemas string atau setidaknya programming dalam bunyiannya cukup rich.
Selamanya menjadi titik kejayaan Azlan saat dinobatkan sebagai Lagu Terbaik Anugerah Indistri Muzik ke-5
Lagu ini mengenepikan hit malar segar lainnya seperti “Puncak Kasih” Adnan Abu Hassan, “Aku Cinta Padamu” LY dan “Puji-Pujian” karya agung Farihin Abd Fattah yang ketika itu cukup disebut-sebut untuk pulang dengan trofi lagu terbaik. Namun terima kasih buat juri-juri celik muzik ketika itu yang nyata melihat kehalusan penghasilan melodi, puitis lirik dan kualiti produksi tinggi mengangkat Selamanya sebagai lagu terbaik.
Magis Azlan dan Innuendo diteruskan dalam single “Gemawan” dipetik menerusi album kedua grup vokal terbaik tempatan ini berjudul BrandNuEndo yang diedarkan sekitar 2001. Seperti mana Selamanya, lagu “Gemawan” sehingga hari ini menjadi lagu cukup ikonik karya cipta Azlan Abu Hassan.

gandingan azlan abu hassan dan innuendo dalam “selamanya” membuahkan hasil
Kerjasama Azlan Abu Hassan dalam menghasilkan soulful ballad tidak hanya pada Innuendo sahaja. Beberapa nama dominan lain seperti Nora, Adibah Noor, Camelia, Kaer Azami, Hazami, Jaclyn Victor and the list goes on.
Ketika “Keabadian Cinta” Anuar Zain meneruskan kegemilangan Selamanya dan Gemawan, Azlan cukup aktif mencipta cukup banyak hits di awal era 2000 antara yang paling dominan adalah “Menyemai Cinta Bersamamu” Nora, “Terlalu Istimewa” Adibah Noor, “Elegi Sepi” Azharina dan Kaer dalam hits malar segar “Izinkan ku Pergi”. Ziana Zain antara senior yang kerap menggunakan khidmat Azlan dalam hits seperti “Dingin” dan “Lara” selain Ramlah Ram dan single comeback nya “Ketentuan”.
Saya terlalu dekat dengan Karya Cipta Azlan Abu Hassan dan sejujurnya saya sentiasa menanti siapa lagi yang akan menyanyikan lagu-lagunya. Dalam wishlist tentu saja mahu melihat Siti dan Dayang melantun Balada hebatnya.
Dan di tahun 2007 ketika Siti menghasilkan album “Hadiah Daripada Hati” dengan berbekal dua lagu ciptaan Azlan berjudul “Sekian Lama” itu momen terbaik saya kira kerana penghasilan Sekian Lama terlalu baik sifatnya. It’s a gem in the album yang sehingga hari ini saya dengar.
Dua karya Azlan buat Alif Satar menerusi album “Definisi” (2013) berjudul “Kerna Dia” dan “Kesempatan Kedua” menambah lagi dua all time favorite saya dalam diskografi Azlan sebagai komposer dna produser muzik. Kraf muziknya dalam kedua-dua lagu ini cukup istimewa sekali especially Kerna Dia – all those sax in the song is major!
Tidak tergantung ilham ballad Azlan banyak menerbitkan naskhah moderate Pop dengan feel R&B dalam beberapa lagu rancak seperti Fantasia (Hazami), Hanya di Mata (Erra Fazira), Katakanlah (Nora), Fatalistik (Ziana Zain), Pendita Penipu (Elly Mazlein)
Saya masih menanti melodi-melodi hebat Azlan dipersembahkan oleh Dayang Nurfaizah selain menanti sabar duet Adibah Noor dan Anuar Zain yang masih lagi belum diedarkan. Berikut 10 Karya Cipta Terbaik Azlan Abu Hassan pilihan MK.
- Menyemai Cinta Bersamamu (Nora)
Persembahan balada terindah dan terbaik sepanjang Azlan berkarier saya takhtakan pada kesempurnaan Menyemai Cinta Bersamamu yang cukup kemas serba-serbi penghasilannya dibantu penuh indah vokal Nora dan lirik puitis tulisan Ucu. - Sekian Lama (Siti Nurhaliza)
Saya sukakan segala kelembutan yang ada dalam lagu ini. Baik melodi, persembahan vokal Siti hinggalah tulisan Azalea semuanya diramu indah tersusun kemas. - Malis Cinta (Sarah)
Another rare gem yang tidak ramai tahu unless anda fanatik Sarah atau Azlan. Lagu yang dimuatkan dalam solo album terakhir Sarah sebelum menyepi ini cukup dalam sekali perasaannya. Melodi lagu ini begitu tersendiri tanpa mampu dibanding dengan mana-mana lagu pun. - Dikalung Kasihan (Imran Ajmain)
Lirik Imran yang cukup puitis menyatu baik dalam menghasilkan feel Melayu yang cukup kuat dalam ballad ini. Dikalung Kasihan ketika diedarkan saya kira mampu meneruskan kegemilangan Seribu Tahun namun entah di mana silapnya lagu ini tenggelam tanpa air play meluas. - Gemawan (Innuendo)
Gemawan was magical. Seperti mana kuatnya Menyemai Cinta Bersamamu begitu jugalah Gemawan. Harmoni vokal Innuendo dalam lagu ini luar biasa sekali. Lagu yang tidak pernah tua sifatnya – cukup rich dan tersendiri.
- Elegi Sepi (Azharina)
Antara penghasilan melodi Azlan yang unik dan berbeza. Asal diberikan kepada Raihan, lagu ini akhirnya memberi tuah buat Azharina dalam kariernya. Antara karya penting Azlan dalam kariernya. - Izinkan ku Pergi (Kaer Azami)
Dalam senarai malar segar Azlan, Izinkan ku Pergi saya kira harus berada dalam senarai teratasnya. Bebarapa lagu buat Kaer yang lain saya suka tentu saja Andai, Bukan Kasihku dan Dalam Kenangan. - Selagi Bertahan (Jaclyn Victor)
Beberapa melodi ciptaan Azlan yang cukup deep sifatnya seperti Malis Cinta (Sarah), Ku Temui (Amylea) dan Selagi Bertahan persembahan Jac ini membuatkan Azlan komposer yang faham akan sebuah rasa yang terdalam dalam mempersembahkan kekecewan dalam lagu tanpa perlu menjadi terlalu lembik dan meleweh. - Dedebu Cinta (Misha Omar)
Dalam satu temu bual yang saya baca baru-baru ini Misha menyebut Dedebu Cinta menjadi lagu yang paling sukar untuk dia nyanyikan. Yet nobody does like Misha, lagu ini terlalu sempurna buatnya dan tiada sesiapa mampu menyamai feel Misha dalam versi studio Dedebu Cinta. - Terlalu Istimewa (Adibah Noor)
Terlalu banyak lagu ciptaan Azlan buat Adibah namun tentu saja Terlalu Istimewa yang paling memberi impak dalam karier Adibah. Sebuah lagi lagu yang saya sangat sukakan dalam album yang sama adalah Fantasi Sebuah Cinta.
ARTIKEL BERKAITAN
Hazami – Dinamik Komposisi Melodi Dalam Memberi Justifikasi Vokal Yang Membekas Perasaan