
Lagu: Senja
Persembahan: Khodi
Komposer Lirik: Khodi / Iskandar Yusoff / Ilham Faizuddin
Penerbit: Iskandar Yusoff
Banyak bakat baru wanita terutamanya yang sering hadir dalam idea Balada sedia ada tidak meminggirkan perhatian pada bakat bermuzik bernama Khodi. Dia menjalani satu landskap muzik Pop di landasan yang sedikit berbeza dengan infusi Soul, R&B dan dengan kemampuan membawa styling mzuik Jazz. Biar begitu, terasnya masih berlandasan sesuatu yang komersial.
Hal ini sudah dia buktikan di beberpa lagu seperti “Ke Mana”, “Liberty”, “Flame” dan “Feel the Light” antaranya. Terhasil dalam satu persembahan yang cukup baik. Tahun lalu Khodi dengan berani menzahirkan sebuah EP self-titled yang sekali lagi memnyatukan sifat, pemikiran dan cita rasa tinggi dalam bermuziknya.
Tanpa mahu terus terikat dengan idea-idea yang sama, Khodi mengemudi terus perjalanan bermuziknya dengan sebuah lagi single “Senja”. Lagu yang dihasilkan sendiri Khodi bersama Iskandar Yusoff dan Ilham Faizuddin ini mengambil ilham muzik City Pop / Disko yang semakin diraikan bakat-bakat Indonesia seperti Diskoria dan produser muzik Laleilmanino.
Lagu ini terhasil singkat, ringan dan mengikat. Korusnya memiliki hal-hal yang jelas banyak dalam karya-karya Laleilmanino seperti “Tunggu Apa Lagi”, “Kupu-Kupu” dan “Boleh Juga” antaranya. Ia ilham yang okey untuk pasaran muzik tempatan. Namun ada satu hal lain yang harus difikirkan. Lagu-lagu sebegini sebetulnya sudah didedahkan pendengaran pendengar nusantaran tiga empat tahun ke belakang dan “Senja” hanya bergerak sebagai penerus trend ini.
Tiada hal yang lebih di lagu ini. Ia okey dan menghiburkan tetapi ia juga mudah dilupakan sebetulnya. Namun masih percubaan yang baik untuk Khodi sebagai bakat baru yang sentiasa mahu keluar daripda ilham biasa yang ada di sini. Kredit harus diberikan pada produksi muzik yang kemas dan sound yang bersih.
Untuk Khodi sebetulnya banyak rujukan lagu-lagu tempatan dalam ilham begini yang boleh dijadikan rujukan muzik. Lagu-lagu seperti “Nada” (Sheila Majid), “Datanglah” (Fairuz Hussein) dan “Aku Curiga” (Salamiah Hassan) boleh dijadikan rujukan dan dimanipulasi mengikut citarasa muzik kini.
6/10
ARTIKEL BERKAITAN