
Rumpang yang beredar tahun lalu membawa nama Nadin Amizah ke persada segar muzik Indonesia dengan jumlah strim mencecah 2 Juta kini.
Kelembutan melodi “Rumpang” benar-benar memikat pendengan saya saat pertama mendengarnya. Ditambah dengan teks lirik puitisnya menjadikan Nadin dalam senarai one to watch tahun ini dalam lapangan muzik indonesia.
Sweet surprise mengawali tahun 2019, Nadin merilis sebuah lagi single terbarunya berjudul “Sorai” yang meneruskan nota-nota muzik folk dalam persembahan Balada yang cukup lembut dan membuai. Sorai dicipta sepenuhnya Nadin bersama produser muzik Ibnu Dian.
Nama Nadin mula diperkenalkan menerusi single “All Good” bersama produser muzik muda paling handalan hari ini, Dipha Barus. All Good diedarkan pada tahun 2017 mencuri tumpuan pasaran muzik Indonesia dengan acuan muzik EDM dan Pop semasa yang menjadi signatur muzik Dipha. Setelah itu dia muncul duet bersama Adera dalam hits 90-an “Beauty & the Beast” yang lebih menyerlah merdu suara miliknya.
Ciri khas Nadin dalam penyampaian lagu-lagunya menjadikan dia keluar dari kepompong muzik semasa yang merayaka balada tipikal dalam jaluran muzik R&B seperti kebanyakannya. “Rumpan” dan “Sorai” menjadi a good start bakat ini untuk terus menyerlah sepanjang 2019.
TRIVIA
1. Nama instagramnya @Cakecaine merupakan gabungan perkataan Cake & Coccaine – manis dan addictive yang kami simpulkan sebagai “the addictive cake” in music
2. Single “All Good” mendapat 3 nominasi AMI Awards termasuk Karya Produksi Terbaik.
3. Diperkenalkan dengan Dipha Barus menerusi followers di Instagram.
4. Bermula dengan minat terhadap Beyonce, Nadin meluaskan pendengaran muziknya ke arah lebih variasi seperti Folk dan Pop.