
Album: Pelita Lara
Artis: Ify Alyssa
Produser: Gerald Situmorang
Label: Ify Alyssa © 2020
Irama Folk / Jazz dalam pasaran muzik Indonesia bukan hal luar biasa, genre diraikan dengan begitu meriah tanpa terasing dalam pasaran komersil.
Nama-nama besar seperti Monita Tahalea, Banda Neira, Payung Teduh dan Daramuda antaranya cukup mendapat tempat tersendiri.
Terkini Ify Alyssa bakat muda yang diperkenalkan sekitar 2017 dengan kolaborasi bersama Gerald Situmorang, mempesona dengan suara merdunya yang ternyata acuan yang cocok buat muzik begini.
Single solo “Sisa Hari” dan “Seirama” menjual nama Ify ke pasar besar muzik Indonesia dengan sekurang-kurangnya 290,000 pendengar di Spotify.
Debut “Pelita Lara” yang beredar beberapa minggu lalu medapat sentuhan produsr Gerald Situmorang yang juga bertanggungjawab menerbitkan Dandelion (Monita Tahalea) dan Lexicon (Isyana Sarasvati).
“Dua Insan” kolaborasi Ify Alyssa bersama Adhitia Sofyan antara yang cukup menarik di album ini. Kolaborasi mereka terasa menyatu sebagai sebuah naskhah yang indah.
“Kabar Baik” juga terilham dengan penulisan lirik yang memikat dan melodi yang cukup menyenangkan.
Ilhamnya di album ini dalam beberapa lagu cukup lembut membuai namun terasa biasa seperti sudah berkali-kali terdengar lagu-lagu begini.
Saya mencari kelainan di album ini namun tiada apa yang menjadikan ia berbeza dengan kebanyakan ilham Folk Pop sedia ada.
Namun kualiti muziknya masih baik, sudut rakaman di album ini dijaga kualitinya dengan cukup kemas tanpa mengasingkan estetika yang perlu – Seimbang antara nilai komersilnya.
Apa yang kurang tentang album in ibagi saya adalah individuality dalam muzik Ify, kebanyakan lagu-lagunya seperti biasa sudah didengar.
Mungkin masa dan pengalaman akan memberikan lebih inspirasi buatnya bermuzik dengan lebih revolusi selepas ini.
5.6/10
ARTIKEL BERKAITAN
Monita Tahalea Mengabadikan Sebuah Eksplorasi Rasa Di Album “Dari Balik Jendela”