
Lagu: Biarku Merindu
Artis: Rendy Pandugo
Komposer / Lirik: Rendy Pandugo / Veta Antares
Produser: Rendy Pandugo
Rendy Pandugo di ruang selesanya menzahirkan muzik dengan caranya tanpa perlu terlalu terikat dengan kehendak pasaran muzik semasa. Hal ini sudah pun dibuktikan sejak awal dia bermuzik dan biar melakukan kesemuanya dengan sendiri, Rendy masih diterima terbuka pendengar muzik Indonesia.
Hasilnya sehingga hari ini namanya masih disebut dan diraikan. lagu-lagu yang beredar sebahagiannya sudah siap bergelar the future evergreen yang akan terus dinikmati generasi berganti. Cukup dominan dengan karya berbahasa inggeris, Rendy tahun ini mengeksplorasi kebolehannya dalam penghasilan lagu berbahasa Indonesia.
Setelah single “Senandung Lara” Julai lalu, Rendy meneruskan rencana bermuziknya dengan sebuah lagi single berjudul “Biarku Merindu” sebagai kelangsungan untuk dia terus bernadi. Mengambil ilham Retro Pop juga Folk seperti apa yang biasa dizahirkan Noh Salleh, Romantic Echos antaranya.
Lagu ini ini simple sahaja dengan progression chord yang berulang, vokal sederhana dan lirik yang bersifat nostalgia – menjadi formula yang saya kira kerap diperdengarkan dan sudah beredar banyak di pasaran muzik Indonesia.
Yang istimewanya saya kira hanyalah kerana ia dipersembahkan Rendy yang sangat jarang membawakan lagu dalam bahasa Indonesia. Saya sebetulnya mahu melihat kreativiti Rendy dicabar lebih lagi dengan sound bersifat eksperimentasi. Melihat sejauh mana tingkat akal kreatifnya mampu pergi.
Penghasilan lagu “Biarku Merindu” bersifat okey sahaja menurut saya. Tiada apa yang terlalu itu dan ini untuk dikupaskan. Ia sederhana, lembut dan nostalgik.
ARTIKEL BERKAITAN