
Album: Seharum Nama
Persembahan: Bunga
Produser: AmzarRazqa / Guccimith / Zhe Kamil / Kizz / Lucasikta / Sabbala
Sebelum saya menulis panjang ulasan album ini saya harus memulakan artikel dengan meletakkan “300 Saat” sebagai my all time favorite daripada Bunga. Biar “Intan Payung” menjadi momen pecah telurnya membuat pendengar muzik tempatan melayani idea dalam muzikya tapi “300 Saat” sentiasa ada sudut istimewa di pendengaran saya.
Bunga konsisten dalam bermuzik biat ada hit and miss tapi itu hal biasa, mana mungkin kita buat sepuluh lagu kesemuanya akan menjadi national hits. Bunga mengemudi dengan caranya tersendiri – tidak hanya muzik tetapi imej, terampilan sehingga citarasa yang dia ada itu nyata banyak bezanya dengan bakat lain seusianya.
“Seharum Nama” debut album yang berisi sepuluh lagu yang mentafsir semua hal-hal sudut pandang, idea dan cita rasa Bunga dalam bermuzik. Album ini bergerak dalam satu landskap muzik dengan sound kekinian – infusi Pop, Hip-Hop, Lofi, R&B dan elemen nusantara / melayu menjadi pengisian.
“Buai” (Amzar / Amsyar / Bunga / Muariffah / Sabbala) dan “Jatuh” (Bunga / Guccimith) membuka album ini dengan cukup menawan. Melodi kedua-duanya mengikat dan berasosiasi sebaiknya. Attitude Bunga dirasai dan sangat membantu menjadikan kedua-dua lagu ini sebagai naskhah yang mesra dengar.
Bungan menjadi mellow lewat “Dengarkanlah” (Amzar / Bunga / Sayfiq) tetapi penghasilannya masih mengikat saya untuk tidak skip lagu ini sebelum diteruskan dengan rakaman awal “Intan Payung dan “Apadehal”.
“ME[MAHA]MI” (Amzar / Amir Hassan) saya letakkan antara penciptaan yang baik di album ini. Ada hal berbeza dan baru terutama sekali dalam kemasan susunan muziknya. Instrumentasi di lagu ini membuat saya begitu terleka. Transisinya kompleks tetapi addictive. Dan sekali lagi attitude bermuzik Bunga cukup melengkapkan naskhah ini sebagai Pop yang sangat baik.
“Jalan Keluar” memeruskan keterujaan saya tentang hal-hal instrumentasi, efek dan sound yang cukup membuai di dalam lagu. Ini sebuah lagi naskhah yang sempurna mentafsir muzik Bunga. Penghasilannya kreatif, berkelas dan bersifat global.
Bunga saya kira sebagai pemuzik wanita generasi kini telah membuktikan kemampuannya dalam bergerak dalam radar kreatif tanpa perlu terlalu terikat ilham Pop semasa sehingga menghilangkan siapa dirinya yang sebenar. “Seharum Nama” permulaan baru untuk satu perjalanan panjang bakat ini pastinya.
7.8/10
ARTIKEL BERKAITAN