Lagu: Masih
Artis: Mayabayu
Komposer / Lirik: Beverly Matujal
Produser: Angie Farr
Mayabayu yang lebih awal bergerlar Beverly Matujal ketika dia merilis rangkaian lagu di EP “Echoes” dan single “Goldmine” bergerak atas landasan muzik Folk yang menyatu dalam alunan Pop sangat memikat pendengaran saya kerana keunikan muzik yang dipersembahkan selain kagum dengan keberaniannya menghasilkan sesuatu yang keluar daripada konteks muzik komersil tempatan.
Penjenamaan semula yang dia lakukan menerusi transisi Beverly Matujal ke Mayabayu itu tercipta dalam sebuah imej dan arah yang lebih jelas hala tujunya. Maka terhasillah lagu seperti “Predator” dan “O Sayang” yang beredar tahun lalu.
Setelah lebih setahun saya kira bekerja untuk album perdananya yang baru beredar dengan judul “Promised Land” , Mayabayu meneruskan ilham Folk, Indie dan Pop di albumnya ini. Saya masih masih sedang menghadam dan menikmati keseluruhan album, namun pendengaran saya sangat terarah pada satu lagu di album ini berjudul “Masih”.
Lagu yang dicipta sepenuhnya Mayabayu ini hadir lebih melankolis dalam penulisan lirik yang berlegar kisah cinta kali ini memberi kejutan manis buat deria pendnegaran saya terhadap melodinya, kemasan muziknya sehingga dalamnya penyampaian Mayabayu di lagu ini.
“Masih” terhasil sebagai sebuah percaturan paling komersil yang pernah dihasilkan Mayabayu sepanjang dia bermuzik. Lagu ini begitu menyentuh tanpa terlalu memaksa pendengar untuk merasa kepedihan dan galau yang ada.
Saya begitu menyengangi cara lagu ini disusun muziknya, bergerak cukup dinamik dalam mentafsir kesayuan melodi dan lirik dengan pendekatan yang cukup moden sekali. String melatari lagu ini tidak over do dalam menambah kesedihan yang ada malah bergerak seiring dengan feel Mayabayu.
Melewati bait liriknya saja sudah buat saya larut “Lepaskan segala rasa benci, Aku kan mencuba. Mimpi-mimpi dipegang di hati kita lupakan. Walau masih sayang.” That was beautifully written dan begitu strong sekali frasa dan kata-kata yang dipilih dalam mentafsir rasa pilu di lagu ini.
Mayabayu menerusi lagu ini saya kira sudah siap untuk didendangkan di ruang yang lebih besar, luas dan komersil. Saya punya harapan besar lagu ini mampu menarik minat ramai pendengar kita untuk menghargai kraf muzik yang baik seperti ini.
Jika ia masih gagal mencuri perhatian pendengar, saya kira yang tidak evolve itu bukan Mayabayu tetapi pendengar kita yang masih mahu idea lagu sedih yang tipikal. Mayabayu menerusi lagu ini saya kira memberi satu pengalaman baru menikmati sebuah naskhah melankolik dengan rasa yang lebih baru.
8.6/10
ARTIKEL BERKAITAN
Mengenali Penyanyi Bersuara Manis, Wanda Omar Menerusi Single “Rindu”