
Lama kiranya kita tidak mendengar perkhabaran Maya Karin dalam bidang nyanyian. Hampir ingat dia sudah melupakan hasrat untuk menyanyi namun tidak. Setelah fokus dalam bidang lakonan dan kerja-kerja amalnya, Maya tampil dengan single terbarunya berjudul “Getaway” selepas hampir empat tahun sunyi tanpa single solo terbaru.
Pelakon filem “Munafik 2” ini kali terakhir muncul dengan album solo berjudul “Teka Teki” pada tahun 2013 dan single khas Hari raya yang berjudul “Pulang” pada tahun 2014. Selain membuat penampilan khas dalam single “Serik Dengan Cinta” bersama Juzzthin pada tahun 2015 dan ‘ Sinar Ini’ kolaborasi bersama Yasin Sulaiman pada tahun ini.
“Getaway” merupakan hasil karya komposer dan produser Audi Mok bersama bakat baru Atilla Hanna atau lebih dikenali sebagai Tilla Hanna.
Single yang yang bergerak dalam landasan Urban Pop ini turut menampilkan penyanyi meningkat naik Kaka Azraff yang ternyata lebih sesuai menyanyikan lagu ini secara solo sebagai singlenya. Sorry Maya, your voice too shallow. It’a about time to really focus on acting.
Maya Karin memulakan karier dalam bidang nyanyian sekitar tahun 2001 ketika muncul dengan album penuh di bawah label MIG Records yang menampilkan hits “Erti Cinta” karya cipta Ajai dan kemudian tampil album kedua yang juga bersama pengurusan MIG berjudul “Bukan Qalamaya” pada tahun 2004.
Setelah 10 tahun selepas itu pada tahun 2014 Maya disunting Warner Music dengan penghasilan album penuh berjudul “Teka-Teki” yang ternyata ermmm…