
sarah membawa pulang wang tunai rm100k
Bermula dengan single Pedih yang dipersembahkan pada malam pertama konsert Big Stage musim pertama, Sarah Suhairi sudah mencuri tumpuan mata-mata yang tidak mengenal bakat muda ini sebelum program ini bermula.
Dan malam tadi, 23 September 2018 menjadi tarikh bersejarah buat gadis ini pabila dinobatkan sebagai pemenang pertama program Big Stage yang disiarkan secara langsung di Astro Ria.
Sarah mendahului empat peserta lain dengan peratusan markah tertinggi 66.05%
Markah keseluruhan 59.24% daripada juri profesional serta 6.81% menerusi undian aplikasi Tik Tok.
Mempersembahkan dua lagu pada malam tadi – Awan Yang Terpilu (Ning Baizura) dan lagu barunya berjudul Nyawa & Raga naskhah ciptaan Room None dan lirik Iman Imran. Markah Sarah dihampiri dekat Syafiq Farhain (64.37%) dan Afieq (62.17%).

Markah Penuh Peserta Final Big Stage
Kedudukan Markah Juri Profesional
1. Sarah – 59.24%
2. Wani – 57.44%
3. Syafiq – 57.27%
4. Afieq – 56.31%
5. Shima – 53.03%
Markah Tinggi Faizal Tahir Buat Wani Kayrie
Wanie Kayrie yang membuat dua persembahan cukup solid malam tadi biar hanya mampu pulang di tempat keempat saya kira puas dengan markah tertinggi yang diberi Faizal Tahir sebanyak 180 meninggalkan empat peserta lain.
Persembahan “Pematah Hati” dalam versi tradisional pop yang dibawa malam tadi cukup meyakinkan biarpun lagu barunya tidaklah memberi justifikasi pada kebolehan yang dia ada.
Wani should go with Crazy In Love direction! Kerana dia memang mampu untuk pull persembahan begitu dengan vokal besarnya. Semoga pihak pengurusan Suria Records dapat memikirkan tentang hal ini untuk kesinambungan karier Wani di tahap berbeza.
Syafiq Farhain masih belum grip my soul dengan suara hidung mancungnya. Afieq terlalu gementar malam tadi but we do still think he should go with Bruno Mars direction. Ballad hanya akan buat membuatkan Afieq menjadi the next Hafiz dan Syamel.

Perbezaan Markah Yang Sedikit Membezakan Kedudukan Afieq & Wani
Sarah Bawa Pulang Wang Tunai RM100K
Dan saya kira masa depan yang cerah menanti Sarah. Selain undangan nyanyian pentas, persembahan TV dan radio – Saya pasti mata-mata PR korporat sudah menanti untuk dia menandatangani kontrak product endorsement.
Untuk setahun dua ini saya kira Sarah akan terus sibuk dengan rencana kariernya cuma dia harus terus belajar untuk menajamkan skil nyanyiannya.
Sarah benar-benar menarik perhatian saya ketika duet bersama Ismail Izzani menerusi duet You Are The Reason yang cukup lembut dan sesuai dengan karakter vokal Sarah. Dan kemudian persembahan Du Du Du Black Pink yang paling cemerlang sepanjang dia di pentas Big Stage akan sentiasa diingati.
Persembahan Du Du Du kini sudah mendapat 4 Juta Tontonan di YouTube rasmi Astro Gempak
Big Stage malam tadi dihoskan Sherry Alhadad dan Alif Satar dengan cukup cemerlang sekali. This duo needs more live program seperti ini – the best chemistry on TV. Tak bingit dan tak merapu. subtle and classy. Congrats both!

Alif & Sherry – Duo Host Terbaik