
Lagu: Serious
Artis: Marion Jola
Komposer / Lirik: Marion Jola / Dennis Talakua
Produser: S/EEK
Entah mengapa sejak kebelakangan ini single-single terbaru daripada Marion Jola kurang melekat pada pendengaran saya. Hal ini saya teliti semuanya bermula pada trak “Overthinking” sebelum lagu lainnya seperti “Bukan Manusia” dan “Not Your Cup of Tea”. Melodinya sedap, mudah diikuti namun kerana formulanya serupa dengan persembahan yang lebih kurang membuatkan ia tidak terasa baru dan segar.
Hal ini saya kira akan menjadi titik stagnant bermuzik Marion kerana jika dia masih selesa dengan formula serupa akan ada lebih banyak lagi single yang forgettable akan dihasilkan. Dan hal ini sekali lagi dibuktikan dengan lagu berjudul “Serious” ciptaan bersama Marion dan Dennis Talakua.
Kemasan muziknya menyerupai lagu rakaman semula “Jatuh Cinta” (Kolaborasi bersama Teza Sumendra) yang mengambil ilham Pop yang fun, ada feel R&B yang minimal yang juga banyak dihidangkan di album perdananya yang beredar di tahun 2021 dulu.
“Serious” bukanlah lagu yang buruk cuma ia terlalu predictable dan biasa dibawakan Marion dengan single-single sebelum ini. Sebagai seorang penyanyi yang berekspresif saya membayangkan hal-hal yang besar dengan eksperimentasi muzik yang lebih grandeur sifatnya.
Pop dalam single “Serious” ini sekadar sebuah lagu yang hanya akan diulang dengan penggemar tegarnya sahaja (yang mungkin juga akan bosan dengan persembahan begini. Kerana jika meletakkan diri saya sebagai pendengar baru Marion tiada banyak hal istimewa tentang lagu ini untuk diperkatakan.
7/10
ARTIKEL BERKAITAN