
Lagu: Aduh
Artis: MALIQ & D’Essentials
Komposer / Lirik: Angga Puradiredja / Widi Puradiredja / Indah Wisnuwardhana / Dendy Sukarno / Ilman Ibrahim
Produser: MALIQ & D’Essentials
Jika anda pengikut muzik Indonesia, pastilah nama Maliq & D’Essentials akan sentiasa memberi keterujaan sebagai pendengar. Sejak awal bermuzik di era 2000 sehingga hari ini mereka sudah menjamu pendengaran kita dengan rangkaian lagu-lagu dengan idea segar dan bervisi mereka.
Setiap satu album dihasilkan dengan visi tertentu membangkit semangat, mengusik rasa, membuat kita melayang dan berangan manis. Semuanya diramu dengan satu formula muzik yang cukup kemas sekali. Transisi muzik Indo Jazz ke Synth Pop sehingga menerokai muzik Dangdut dalam beberapa rangkaian lagu mereka menjadikan M&DE sebagai grup yang cukup istimewa.
Terkini meneruskan kelangsungan bermuzik mereka, Maliq & D’Essentials menzahirkan sebuah lagu berjudul “Aduh” yang terhasil mengasyikkan sekali. Hadir cukup soulful dan membuai dalam feel Jazz dan Soul yang membaluti feel lagu ini membawa saya terawang-awangan bersama muzik mereka.
“Surga itu kamu // Duniawi juga kamu // Sumpah mati yang kumau // Cuma sama kamu.” menjadi bait penngikat di bait korus yang cukup memikat. Cukup catchy dan menawan, lagu ini menjerat pendengar tanpa memaksa. Hanya dengan sekali dengar sesiapa sahaja saya kira mampu “Mabuk kepayang // Aduh menyenangkan.”
MALIQ & D’Essentials saya kira menjadi bukti bahawa muzik yang simple tanpa perlu chord yang kompleks atau momentum muzik yang laju adrenalinnya juga mampu mengusik dan terhasil mengasyikkan sekali. Dan hal ini sekali lagi dibuktikan di single “Aduh”.
9/10
ARTIKEL BERKAITAN