
Pengalaman menyaksikan pementasan muzik retro dengan latar muzik big band pasti saja akan menerbitkan keterujaan buat penonton. Pengalaman tersebut mahu dikongsikan Sean Ghazi bersama kugiran Tarakucha Band dalam persembahan penutup 2018 selama tiga malam berturut-turut bermula 6 sehingga 8 Disember 2018 ini yang bakal berlangsung di The Platform, KEN TTDI.
Bakal mengiringi Sean sebagai vokalis utama persembahan penuh keraian ini sudah tentu pasangan duetnya Ida Mariana yang akan menghangatkan malam persembahan bersama 12 muzik pengiring big band.
Menambah warna dalam persembahan kali ini, showcase yang diberi nama “Tarakucha Marilah Menari” bakal menampilkan tiga vokal hebat yang akan mengiringi Sean dan Ida iaitu The Kuchettes yang terdiri daripada Izlyn Ramli, Ruzana Ibrahim dan Maya Tan.
Nish Tam bertindak sebagai pengarah muzik akan mengembalikan feel P.Ramlee meets Vegas.
“Tahun ini merupakan tahun yang menakjubkan untuk rakyat Malaysia dan kami tidak dapat mensia-siakan peluang untuk memberi sebuah persembahan baharu bagi meraikan bulan Disember,” kata Sean sambil menjelaskan bahawa bilangan pemuzik TARAKUCHA telah bertambah dua ahli lagi, selepas kemunculan pertama di DiverseCity International Arts Festival tahun lepas.
“Kami tidak menduga namun sangat gembira dengan sambutan hangat yang yang telah diberikan oleh penonton Malaysia kerana cara kami mengolah lagu-lagu Malaysia yang berharga ini adakalanya mengusik emosi sesetengah pihak.” Tambahnya lagi.

Sean, Ida bersama The Kuchettes.
Persembahan gemilang ini akan berlangsung dengan rangkaian lagu dalam berahasa Malaysia, Inggeris dan campuran lagu antarabangsa lainnya, TARAKUCHA! Mari Menari dipentaskan dari 6 hingga 8 Disember di The Platform, KEN Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.
TRIVIA
* Tarakucha Band mula diperkenalkan pada tahun 2016
* Bermula dengan persembahan pentas kecil seperti Bobo KL dan Riuh!
* Sean memulakan projek ini atas dasar kecintaan terhadap muzik klasikal Melayu
* Selain mahu mengembalikan kegemilangan muzik big band
INFO TIKET
Waktu persembahan 8:30 malam.
Tiket kini dijual di www.proticket.com.my
Tiket berharga RM125, RM175, RM225 dan RM300.