
Lagu: Ada
Artis: Afgan / Lyodra
Komposer / Lirik: Adrian Rahmat Purwanto / Afgansyah Reza / Rishanda Singgih / Simhala Avadana
Produser: S/EEK
Afgan melalui kembara bermuziknya dengan sangat bijak saya kira. Dia bijak tentang ‘placement’ bagaimana dia mampu untuk relevan di setiap fasa perubahan muzik semasa Indonesia dan pada masa yang sama evolve sebagai pemuzik yang matang.
Berawal di tahun 2008 ketika “Confession no. 1” beredar dengan formula Balada bagi mencuri perhatian sehingga era “SIDES” (2016) titik mula perubahan sound Pop Afgan sehingga “Wallflower” (2021) sebagai sebuah fasa meluaskan skop Pop miliknya, Afgan dan pengurusannya tahu bagaimana untuk terus mencuri perhatian pendengar.
Biar pada masa yang sama benar-benar mahu lakukan apa yang dia suka iaitu R&B menerusi apa yang dihasilkan di album Wallflower dia tidak lupa untuk terus mengikat pengikutnya dengan kolaborasi bersama Raisan dan projek AIR bersama Isyana dan Rendy sebelum itu.
Meneruskan kelangsungan bermuziknya untuk terus bernadi di pasaran muzik besar Indonesia yang semakin didominasi bakat-bakat muda, satu lagi pelan perancangan yang kemas harus dibuat. Maka dengan itu saya percaya terhasillah “Ada” sebuah kolaborasi manis bersama Lyodra.
Ini sebuah lagi pelan pemasaran yang bijak saya kira untuk meletakkan terus nama Afgan segar, muda sentiasa di pasaran muzik semasa. Kolaborasi ini saya sifatkan idea genius, dalam persembahan Pop yang sangat mudah mengikat pendengaran ditambah pesona dua bintang ini, dengan senangnya akan mendapat perhatian meluas.
Dihasilkan Afgan bersama Adrian Rahmat Purwanto, Rishanda Singgih dan Simhala Avadana, lagu ini diproduksi S/EEK dalam persembahan muzik yang cukup current dan fresh. Kelembutan suara Afgan menyatu sempurna dengan lyodra yang tidak langsung memberi lebih daripada apa yang sepatutnya.
Kedua-dua mereka melengkapi “Ada” sebagai naskhah cinta yang cukup manis. Korus lagu ini masih sakti utama dengan kemasan muzik yang cukup current sifatnya. Saya sukakan sangat cara mereka meninggikan standard sound lagu ini sehebat Pop lain yang ada di pasaran global.
It doesn’t sound ages biarpun usia bermuzik Afgan itu sudah memasuki usia 15 tahun lamanya. Itulah pentingnya untuk seorang penyanyi yang sudah lama bermuzik untuk bekerja dengan tenaga-tenaga muda dalam menghasilkan muzik yang segar dan kekinian. Dan Afgan sudah membuktikannya.
9/10
ARTIKEL BERKAITAN