
Setelah kejayaan siri Konsert DEKADE di Malaysia tahun lalu dan di Indonesia awal bulan ini, solois Pop terkemuka nusantara, Afgan bakal menggegar pentas HGH Convention Centre Kuala Lumpur 5 Oktober depan dalam kembara Konsert Inspirasi – Afgan Live in Kuala Lumpur.
Populariti luar biasa Afgan di Kuala Lumpur seperti sudah dijangka, sehingga hari ini kurang 2 bulan konsert tersebut bakal berlangsung, sebanyak 75 peratus tiket konsert sudah dijual. Apa yang lebih menarik konsert ini turut menampilkan Sheila Majid sebagai jemputan khusus yang akan sepentas bersama Afgan.
“Konsert ini berkisar mengenai sumber inspirasi dalam kerjaya seni saya selama ini dan diharap ia dapat menaikkan semangat penonton untuk terus berusaha dalam mencapai apa yang diimpikan dalam hidup.” Menurutnya dalam satu sidang media yang berlangsung.
Afgan menambah, “Selain itu, konsert ini cukup istimewa dengan kehadiran idola sayaDato’ Shiela Majid dan ia merupakan satu penghormatan dan impian saya untuk mengadakan persembahan bersama beliau khususnya buat peminat di Malaysia.”

Keterujaan serupa dikongsi Shiela Majid “Afgan merupakan antara penyanyi lelaki yang cukup berbakat dan pencapaian beliau sepanjang lebih 11 tahun di industri muzik amat membanggakan.”
Erik Ong, Ketua Pegawai Eksekutif Pop Corn Studio Sdn. Bhd. berkata “Afgan merupakan nama besar dalam industri muzik di rantau Asia dan ini dapat dilihat menerusi kekuatan populariti dan permintaan tinggi khususnya dari peminat muzik di Malaysia. Hal ini terbukti pabila tiket yang mula dijual pada 25 Jun 2019 kini hampir 75% telah laris dijual.”
Konsert Inspirasi Afgan Live di Kuala Lumpur 2019 merupakan konsert terakhir Afgan sebelum beliau berehat seketika dari industri muzik nusantara bagi memberi fokus terhadap perjalanan karier muziknya di Amerika Syarikat.
Gambar: Popcorn Studio Sdn Bhd
ARTIKEL BERKAITAN