
Lagu: Let Me In
Artis: Bil Musa & Alex Ungku
Komposer & Lirik: Bil Musa / MFMF. / Alex Ungku
Verdik: 9/10
Gerakan muzik urban Pop yang dilangsungkan Yuna Room Records sejak awal memperkenalkan nama Bil Musa di pasaran muzik mainstream beralur cemerlang dengan senarai rilis yang cukup meninggikan standard muzik tempatan.
Berawal debut 2015 dengan hits seperti “The Beach” dan “I Would Die” nama Bil Musa meniti jambatan populariti dalam satu fasa yang semakin hari semakin baik. Dan satu hal yang penting dalam perjalanan kariernya, Bil belum lagi memperlahankan langkahnya dalam bermuzik sekalipun secara komersil di pasaran lokal nama Bil masih lagi kurang diberi perhatian.
Tahun lalu Bil Musa cemerlang dengan single “Flashes” bersama produser muzik masa depan lokal, MFMF. dan sebuah single berbahasa Malaysia dalam jaluran muzik lo-fi berjudul “Pikachu – Aku Cinta Kamu”.
“Flashes” sudah kami letakkan sebagai 10 Lagu Terbaik sepanjang tahun lalu dan tanpa membuang masa sekali lagi bersama MFMF. – Bil Musa menghadirkan single yang cukup cemerlang penghasilannya bagi memulakan tahun 2020.
Lagu berjudul “Let Me In” menampilkan kolaborasi Bil bersama Alex Ungku seorang lagi bakat muda tempatan yang cukup harus diberi perhatian.
“Let Me In” tampil dalam ilham romansa milenial yang mengambil ilaham cinta dalam pesona melodi dan lirikal yang mudah diikuti ceritanya. Single ini bergerak cemerlang sebagai sebuah naskhah Pop yang cukup baik untuk pasaran lokal.
Bil saya kira setelah “Flashes”, “Pikachu” dan “Let Me In” yang menjadi pertaruhan terbarunya ini sudah siap rasanya untuk penghasilan album Urban Pop yang boleh membanggakan kita semua sebagai pengikut pasaran muzik lokal.
Bakat-bakat seperti Bil dan Alex Ungku ini kiranya harus diraikan dan diangkat lebih tinggi pasaran muzik tempatan dalam satu skala yang lebih besar.
9/10
ARTIKEL BERKAITAN
#502019 Dominasi Hip-Hop, Kebangkitan Urban Pop & 50 Rilis Terbaik Sepanjang Tahun (Malaysia)