
Lagu: Raya Janji Happy
Artis: Asmidar / Aizat Amdan / Thunderclap
Komposer / Lirik: Aizat Amdan / Asmidar
Produser: Aizat Amdan
Penghasilan lagu-lagu raya saban tahun berganti dengan ilham-ilham lama yang dilagukan dengan cara baru. Tujuannya pasti untuk rasional dengan pasaran semasa. Formula evergreen harus menjadi tunjang utama dalam penghasilan lagu-lagu raya untuk kekal lama dalam radarnya.
Aizat Amdan bersama Asmidar menerusi single raya mereka tahun ini saya kira berjaya menyantumkan elemen klasik dalam persembahan muzik yang terhasil menghiburkan. Keroncong digubah dalam pesona lirik yang yang catchy menjadikan lagu ini kedengaran segar.
Kelebihan dalam penyampaian Asmidar yang cukup merasuk dalam lagu-lagu begini memberi kelebihan untuk pendengar mengulik cara orang dulu menyanyi. Digabungkan dalam persembahan santai Aizat yang memberi keseimbangan yang baik menerusi lagu ini.
“Raya Janji Happy” saya kira antara lagu baru yang cukup fun dan original dihasilkan tahun ini tanpa perlu bergantung pada ilham muzik semasa sahaja tetapi masih utuh dengan ilham lama yang menyenangkan dan malar segar.
ARTIKEL BERKAITAN