Kali terakhir yang saya betul-betul mengikuti perkembangan Anugerah Planet Muzik rasanya dalam 3-4 tahun lalu selepas itu APM dah jadi makin entah apa-apa pabila Fynn Jamal diangkat sebagai Artis Baru Wanita Terbaik 2014 mengalahkan Fatin (Indonesia), Aisyah Aziz (Singapura) dan Hani Soraya (Malaysia).
Yes, you read it right, Fynn Jamal kalahkan Fatin Shidqia. I mean seriously? Tapi tak mengapalah dia pun dah menang. Saya pun pasti juri-juri pasti bijaksana semuanya.
Selain itu, saya kira APM tidak begitu memberi justifikasi yang menyeluruh untuk perkembangan muzik serantau yang sekadar berhujung dengan kolaborasi Siti dan Krisdayanti, Siti dan Cakra Khan, Siti dan Judika. You get what I mean? Paling baru pun kolaborasi Hafiz dan Rossa (Salahkah) dan yang terkini Aisyah Aziz dan Rizky Fabian (Indah Pada Waktunya).
Dan masih ingat kolaborasi Dayang bersama Tompi (Perlukan Cinta) dan Marcell (Sayang) pada tahun 2011? Ke mana sudahnya nasib dua kolaborasi hebat tersebut? Tiada air play meluas jauh sekali mengangkat nama Dayang lebih tinggi di tanah seberang.
Sudah masanya APM menjadi satu badan khusus yang menghubungkan 3 negara ini untuk memasarkan muzik secara serentak. Penghubung label rekod, radio, TV dan media digital.
Maksud saya di sini setelah 17 tahun penganjuran, pihak pengurusan pesta anugerah muzik ini harus memikirkan sesuatu yang lebih daripada sekadar menjadi penganjur majlis. Bukan apa, platform sudah kukuh cuma tidak dimanfaat ke arah yang lebih baik dan memberi faedah kepada perkembangan muzik serantau.
Satu program khusus membawa bakat-bakat terpilih untuk dipromosikan secara berkelompok dalam tour muzik nusantara contohnya. Ya, soal modal dan kerjasama akan jadi isu di sini tapi saya percaya kalau disusun baik struktur programnya pasti akan ada jenama besar korporat yang mahu bekerjasama cuma execution-nya harus tepat, telus dan dikekola oleh individu berpengalaman dan memiliki pengetahuan muzik serantau yang luas.

Adrian Khalif, Dayang Nurfaizah, Asad Motawh, Aziz Harun, Raisa, Jaz & Rossa antara yang mendapat pencalonan tahun ini.
Tahun ini nominasi APM didominasi bakat baru serantau bagi kebanyakan kategori utama buat saya tertanya mana perginya Boneka (Sheila Majid) dan Peace Love Rindu (Ella), Gitaku (Ruth Sahanaya), Metamorfosa (Andien), Payung Teduh dan saya mencari juga nama Kaka (Kembali), Masdo (Ke dah calon last yer? whatever..)
dan… dan… dan.. mana Sentiasa Merinding!? Kolaborasi maha dasyat Imran Ajmain dan Najwa Mahiaddin?
So kisahnya tiada nama-nama yang saya sebutkan tadi. Tapi tak mengapalah saya kira karya-karya hebat tersebut tidak dihantar untuk pencalonan atau mereka pun sudah tidak berminat dengan kemilau glamor satu malam Anugerah Planet Muzik.
Saya memuji usaha penganjur yang masih lagi mahu menganjurkan anugerah muzik yang semakin kabur tujuan penganjurannya ini. Untuk yang tercalon good luck dan selepas menang nanti nak buat apa? Buatlah lagu baru ye.. Berikut prediction atau lebih tepat siapa yang kami kira patut menang.
Artis Baru Terbaik (Wanita)
Charis – Supernova
Mimifly – Superfly
Rahmania Astrini – Menua Bersama
Sara Fajira – You Know
Tiesha – Boneka
Verdik: Rahmania Astrini kena menang sebab so much potential in this 17 yo girl! Yang belum kenal boleh dengar lagu It’s Amazing. Mimifly Artis Baru ke? Bubble Pop Charis tidaklah begitu impresif dan Boneka Tiesha sounds too amateur ..
Artis Baru Terbaik (Lelaki)
Adrian Khalif – Flawless / Merona
As’ad Motawh – Senyum
Frelo – Kembalilah
Kudien Rafee – Ruangan Gelap Gerhana
Naim Daniel – Sekali Lagi
Verdik: Kalau Adrian Khalif kalah akan menjadi salah satu daripada perkara paling tak masuk akal. Yang lain belajar muzik lagi Ok!
Duo/Kumpulan Terbaik
Caliph Buskers & Faizal Tahir – Buta
D’masiv & Rossa Feat. David Noah – Pernah Memiliki
Gamaliel Audrey Cantika (Gac) – Suara
Jagad Edge Feat. Firwan Johan & Miiko The 13th – Only
RAN Feat. Yura Yunita – Melawan Dunia
Verdik: The real competition adalah GAC (Suara) dan RAN x Yura (Melawan Dunia) Evolusi Pop GAC ke depan namun gabungan Yura bersama RAN lebih menawan.
Band Terbaik
Insomniacks – Selalu
Last Child – Dunia Untukmu
Noah – Jalani Mimpi
Search – Nama Yang Kau Lupa
Sheila On 7 – Film Favorit
Verdik: Hmmm, Search dan So7 ada peluang untuk menang. Melodi Nama Yang Kau Lupa dasyat tapi Film Favorite punya kraf muzik yang timeless. Insomniacks quite promising tapi seperti jauh lagi perjalanannya.
Kolaborasi Terbaik (Artis)
Siti Nurhaliza & Judika – Kisah Ku Inginkan
Fazura & Samsons – Cinta Langka
Ismail Izzani & Alif – Luar Biasa
Rizky Febian & Aisyah Aziz – Indah Pada Waktunya
Ryan Sufiyan & Mimifly – Gila
Verdik: Disebabkan nama kategori ini kolaborasi terbaik Artis, kita bagi je Siti dengan Judika menang. Kalau dinilai atas dasar lagu saya akan pilih Indah Pada Waktunya. Simply beautiful. But wait mana Sentiasa Merinding?!
Kolaborasi Terbaik (Lagu)
Aku Sendiri – Sufi Rashid (Sufi Rashid & Haqiem Rusli)
Bukan Maksudku – Rossa (Taufik Batisah)
Jangan – Aziz Harun (Faizal Tahir, Ezra Kong,Mike Chan & Romeo)
Tak Perlu Kata Apa-Apa – Hannah Delisha (Hannah Delisha, Romeo,
Faizal Tahir & Mike Chan)
Teman Bahagia – Jaz (Ramadhan Handy “Soulvibe” & Asta Andoko “Ran”)
Verdik: Jangan dan Teman Bahagia – Dua-dua boleh menang. Tapi Teman Bahagia nyata lebih popular.
Artis Terbaik (Lelaki)
Faizal Tahir – Menang
Jaz – Teman Bahagia
Judika – Jikalau Kau Cinta
Kunto Aji – Konon Katanya
Noh Salleh – Renjana
Verdik: Walaupun tajuk lagunya Menang, FT tak boleh menang kategori ni sebab Renjana membawa Noh Salleh ke satu fasa muzik yang begitu tinggi. Saingan terdekat Kunto Aji.
Artis Terbaik (Wanita)
Siti Nurhaliza – Segala Perasaan
Dayang Nurfaizah – Separuh Matiku Bercinta
Isyana Sarasvati – Lembaran Buku
Raisa – Teduhnya Wanita
Rinni Wulandari – Cintai Aku
Verdik: Vocally, Segala Perasaan adalah yang terbaik dalam Top 5 Ini. Feel, Dayang Nurfaizah menang big time. Tapi kalau mencari masa depan ia ada pada Teduhnya Wanita dan Lembaran Buku.
Lagu Terbaik (Singapura)
Adakah Dia – Liwani Izzati
Boneka – Tiesha
Buat Selamanya – Alif
Only – Jagad Edge Feat. Firwan Johan & Miiko The 13th
Racun – Farhan Shah
Verdik: Buat Selamanya. Full Stop!
Lagu Terbaik (Malaysia)
Mata – Ayda Jebat
Nama Yang Kau Lupa – Search
Senyum – As’ad Motawh
Separuh Matiku Bercinta – Dayang Nurfaizah
Superfly – Mimifly
Verdik: Nama Yang Kau Lupa bagus, Separuh Matiku Bercinta Bagus. Tiga lagi? Saya tak faham…
Lagu Terbaik (Indonesia)
Jera (Hatiku Masih Milikmu) – Bunga Citra Lestari
Jikalau Kau Cinta – Judika
Kembalilah – Frelo
Lembaran Buku – Isyana Sarasvati
Love Again – Afgan
Verdik: Lembaran Buku is a masterpiece. Penciptaan melodinya halus dan timeless.
