
Lagu: Believe in Love
Artis: Kayda / Sheila Majid
Produser: Q Sound / Paul Morrison / Kenny Hughes
Kayda meneroka ilham bermuziknya dengan sound Hip-Hop dengan caranya tersendiri. Tanpa perlu terikat dengan apa yang dimahukan pasaran muzik semasa dia melangkah bersahaja sebagai rapper wanita tempatan.
Biar secara personal tiada lagi lagunya yang betul-betul memberi impak buat kariernya diterima meluas namun itu bukan alasan Kayda memperlahankan langkah bermuziknya. Setiap tahun dia akan tetap menghasilkan single baru sebagai kelangsungan karier.
Meneruskan tahun baru dengan sebuah lagi single dengan nada baru, dia muncul dengan sebuah single berjudul “Believe in Love” menampilkan kolaborasi bersama Sheila Majid yang datang dengan ilham Dance juga Disko dengan kemasan muzik EDM yang memikat.
Lagu ini mengingatkan saya pada feel lagu-lagu Kylie Minoque juga Sophie Ellie Baxtor. Irama Dance begini begitu in thing sekarang dan banyak sebetulnya pemuzik luar sudah meneroka kembali ilham yang awalnya cukup popular di era 70-an ini.
Dan Kayda menerusi komposisi muzik Q-Sound, Paul Morrison dan Kenny Hugh ini mneruskan kelangsungan ini dengan sangat baik. Melodinya benar-benar menarik pendengaran tanpa memaksa, groove yang ada benar-benar memikat.
Saya jadi langsung terpesona dengan persembahan Sheila di lagu ini yang begi menyenangkan. Sederhana dan mengena dengan suara dan imejnya sebagai seorang yang pernah merakamkan lagu-lagu begini di era 80-an.
If this sound is the new era of Sheila Majid untuk single-single yang mendatang juga ia satu idea yang baik. Dan keinginan saya untuk melihat Sheila mengembalikan 80’s groove yang pernah dia hadirkan di zaman gemilangnya menerusi Warna, Sinaran, Relakan, Panorama mungkin akan menjadi nyata.an
Januari saya kira dibuka dengan baik akan rilis ini. Buat yang jemu dengan Balada yang berulang, “Believe in Love” memberi harapan besar buat kita menikmati kembali muzik tempatan yang lebih berwarna dan beragam sifatnya.
7/10
ARTIKEL BERKAITAN