
Lagu: Janjiku
Artis: Kaka Azraff
Komposer / Lirik: MFMF. / Tisya Tiar
Produser: MFMF.
Pasaran muzik Pop Kaka semakin cemerlang dengan rangkaian single yang bergerak dengan cukup cemerlang sejak dia awal bermuzik biar pada awalnya muzik yang dibawa bukanlah berada di radar komersil namun beriring masa muzik Kaka semakin diterima meluas.
Utuh dalam konsep muzik Urban Pop yang dibawa berawal dengan hits “Bukan Hal Aku” sehingga dominasi “GILA” di pentas AJL 35 yang lalu – Kaka is always one to watch sebagai pelapis muzik masa depan yang boleh kita banggakan.
Dan bersama ALYPH (Alif Magic Potion) Kaka sudah membuktikan bahawa dia memiliki sesuatu yang tersendiri dan unik. Lagu-lagu Pop terhasil baik dalam acuan muziknya meletakkan “Sibuk”, “Diamond”, “Kembali” dan “Terima Kasih” antara lagu terbaik yang sudah dipersembahkannya.
Terus mencuri perhatian pendengar semsa, Kaka baru-baru ini hits dengan Balada “Karma” yang saya kira sekadar okey. Bukanlah sesuatu yang terlalu bagus lagunya kerana Balada “Ada JalanNya” bersama Awi Rafael dulu lebih better lebih segar dan current.
Namun saya kira “Karma” banyak membantu perkembangan karier muzik Kaka untuk mencuri perhatian mass market yang seperti biasa akan sangat suka dengan Balada OST begitu.
Terkini keterujaan menikmati muzik Kaka dikembalikan dengan single “Janjiku” ciptaan MFMF. bersama Tysha Tiar yang boleh saya katakan begitu ‘Kaka’ sekali sifatnya.
Styling di lagu ini mirip dengan kebanyakan lagu-lagu Kaka bersama ALYPH dan saya sangat enjoy dengan persempahan Pop sebegini kerana muzik beginilah yang buat kita kenal dan suka dengan Kaka.
“Janjiku” terhasil dalam penulisan kisah cinta yang tidak sukar saya kira untuk kita sebagai pendengar menikmatinya. Korus di lagu cukup baik sekali dan mudah menangkap pendengaran.
Kaka juga semakin matang dalam persembahan vokal sederhananya yang melengkapi naskhah Pop ini dengan justifikasi yang secukupnya. Perasaannya tepat dalam kemasan muzik yang dinamiknya itu terasa di penghujung lagu.
Kolaborasi MFMF. dan Kaka ini antara yang paling saya nantikan dan ya ia ternyata sesuatu yang tidak langsung mengecewakan.
7.9/10
ARTIKEL BERKAITAN
Sheila Majid Menyapa Dengan Kejutan Lewat Single “Ketika Cinta Ingin Dimengerti”