Lagu: Sialan
Artis: Juicy Luicy & Adrian Khalif
Komposer / Lirik: Denis Ligia / Iqbal Siregar / Faishal M Fasya / Mohammed Kamga
Produser: SOIN
Juicy Luicy sudah cukup besar dalam legasi Pop senusantara dalam barisan hits seperti “Tanpa Tergesa”, “Lantas” dan “Tampar” yang membawa nama mereka disenangi dan diraikan.
Bersama Adrian Khalif yang cukup dikenali dengan pertaruhan muzik Urban Pop dengan style nyanyian R&B yang dia miliki mereka pertama kali berkolaborasi lewat single “Kembali Kesepian” yang dimuatkan dalam album “Sentimental” mili Juicy Luicy yang beredar di tahun 2020.
Chemistry yang ada diulang kembali penyatuannya dalam persembahan muzik terbaru kedua mereka menerusi single “Sialan” ciptaan bersama Denis Ligia, Iqbal Siregar, Faishal Fasya dan Mohammed Kamga. Penyatuan gagasan muzik muda Indonesia yang saya kira telah menghasilkan sound Juicy Luicy yang dominan.
“Sialan” terhasil lebih istimewa dan menarik struktur muziknya. Kolaborasi ini memberi percikkan mewah pada penghasilan melodi yang sebetulnya tipikal Juicy Luicy tetapi dipenuhkan dengan istrumentasi menarik, korus yang mengikat pendengaran dan penulisan lirik yang cukup smart.
Saya sukakan pemilihan istilah di lagu ini yang jarang mungkin kita dengar tetapi cukup menarik membaluti cerita dalam lagu yang dikisahkan. “Dari seribu jalan di dunia // Mengapa berpapasan bertemu dia?” – Pemilihan perkataan berpapasan yang membawa maksud berselisih cukup menarik dan jarang kita dengar.
Hal ini ditambah dalam bait “Melesat tepat di titik kelemahanku.” yang sekali lagi membuatkan saya begitu enjoy menikmati cerita di lagu ini.
Hal ini yang membuatkan penulisan lirik Indonesia menarik untuk dilayani. Membuat kita mencari isi maknanya tanpa bergantung pada perkataan dengan istilah yang biasa digunakan seperti kebanyakan penulis tempatan. Itu belum lagi penggunaan istilah yang salah seperti “Air mata membisa.” yang diangkat sebagau Juara Lagu baru-baru ini. Tiada dalam istilah, lemah dan memalukan.
Okay back to this song, lagu ini saya kira tidak sukar untuk kita enjoy dengan penghasilan melodi keseluruhannya. Cukup mudah dinikmati dan pastinya memberi ruang lebih untuk Juicy Luicy dan Adrian Khalif bersinar.
8.2/10
ARTIKEL BERKAITAN