
Lewat tahun 2017 atas undangan Sukasucre Creatives ke showcase Imran Ajmain saya dan hadirin lainnya diperdendangkan dengan lagu berjudul “Intan dan Perak” dalam sebuah show intimate di No Black Tie.
Kali pertama mendengar lagu tersebut saya kira ramuannya cukup untuk meneruskan kesukaan kita semua terhadap Imran dalam hits malar segarnya seperti “Seribu Tahun”, “Selamat Ulang Tahun Sayang” dan all time favorite saya “Dikalung Kasihan”.
Killer pada korusnya di bait “Intan dan perak kau berikan padaku…” berlegar di ruang kepala saya sepanjang memandu pulang ke rumah. Saya kira tak berapa ramai yang mampu menghasilkan satu balada Melayu dengan kualiti premium dan bunyian cukup rich hasilnya. Hanya Imran.
Mellow dan perlahan baladanya cukup kuat jiwa Melayu dengan susunan kata yang disusun cukup kemas dipadu vokal sederhana Imran yang tidak terlalu mahu merintih dalam sedih lagunya. Dan hal-hal ini saya kira hanya ada pada bakat yang satu ini. Baladanya tidak kedengaran ketinggalan.
Meneruskan evolusi dalam kariernya tanpa melepaskan segala jenis “imran” dalam signature muziknya, dia merilis “Sentiasa Merinding” yang cukup original sekali penciptaannya. One of the best song yang pernah mana-mana pencipta lagu balada hasilkan.
“Intan Dan Perak” pertaruhan terbaru Imran Ajmain dalam terus kekal sebagai soloist handalan
Setelah lebih setahun menunggu, saya menantikan magis dalam sentuhan muziknya. Dengan kerjasama Avex Azman dan Rauzan Rahman “Intan Dan Perak” terhasil cukup kemas dalam susunan muzik terkini tanpa perlu menjadikan melodinya terlalu meleleh.
Bercerita tentang inspirasi lagu ini “Saya terinspirasi untuk membikin karya tersebut selepas menyaksikan filem, Blood Diamond yang menyaksikan pengorbanan seorang lelaki terpaksa mendepani situasi gelap dalam perhubungan.”
“Intan Dan Perak yang masih kekal bermelodi pop balada bersama lenggok suara Melayu saya, namun ada elemen muzik berentak R&B dan Hiphop. Justeru, saya anggap single ini teramat istimewa di hati.”
Info!
Senikata & Gubahan; Imran Ajmain, Rauzan Rahman & Az Avex Azman
Rakaman; Faiz Rosli (Nomad Studios)
Terbitan; Avex (Boxavex Entertainment, Melbourne)
Adunan Muzik; Flightsch @ Ezekiel Keran (M03 Records LLP)
Mastering; Tom Coyne (Sterling Sound, New York)