
Dalam lembar siaran media yang dikirim pihak 17 Eleven Music bertulis “Yang Ku Rindu Serlah Serlah Kehebatan Vokal Idayu” buat hati saya terdetik, Vokal Idayu bukan hal yang perlu di-highlight lagi untuk perkembangan kariernya. What she need a strong material untuk dia kekal relevan dan berdiri sendiri dalam pasaran semasa tanpa perlu bergantung kepada demand pasaran muzik.
Dan ketika emel dikirim saya belum lagi kiranya dapat mendengar lagu tersebut hanya beberapa hari kemudian saya berkesempatan untuk mendengar. Dan melihat nama komposer serta penulis liriknya Yunfadzil, Yazer Yusof, Jass dan Ikhwan Fatana – saya tidak juga boleh membayangkan Balada yang bagaimana akan terhasil kerana tidak familiar dengan karya-karya mereka.
Dan setelah mendengarkan lagu ini, saya kira naskhah “Yang Ku Rindu” ini punya standard lagu-lagu Balada hari ini, yang majoritinya dimonopoli komposer seperti Farouk Roman, Sharon Paul khususnya. Vokal Idayu saya kira tiada apa yang yang boleh dipertikaikan lagi. She know how to deliver – biar lagu apa pun jualah sekali pun.
Cuma saya berharap setelah single “Ganti Diriku” Idayu akan lari sedikit dari paten Balada OST drama ini kerana lagu begini sudah terlalu banyak di pasaran yang kadang buat kita letih. Oh, another ballad? Okeylah sedap tapi sekadar itu sahajalah, apa impaknya untuk kelangsungan karier?
Idayu saya kira perlu menyusun kemas jadual kembara muziknya. Kita tidak hanya mahu Idayu keluar single dan diam dan another single yang datang dengan idea serupa berulang kali. Dia lebih daripada itu.
Idayu punya bakat sangat besar, dan sebesar bakat yang dia ada, dia perlu memikat pasaran muzik yang lebih besar kerana dengan hadirnya single seperti “Yang Ku Rindu” ini saya tidak pasti jika dia mampu meluaskan pasaran muziknya ke satu standard yang lebih tinggi.
Maksud saya di sini jangan bazirkan bakat yang ada untuk pasaran muzik yang kecil. Laburlah keringat dan wang yang ada untuk satu perkembangan karier yang lebih baik serta berskala lebih besar dan apa yang lebih penting memberi impak yang lebih berkesan untuk kelangsungan karier.
Saya tidak mengatakan lagu ini naskhah yang buruk tetapi ia terlalu kecil untuk bakat sebesar Idayu. Cuma jika mahu dibandingkan dengan “Di Sini” dan “Ganti Diriku”, lagu “Yang Ku Rindu” ini adalah tampil lebih kemas dan kiranya kita puas mendengar alunan merdunya yang penuh emosi.
5.5/10