
“Stoop So Low” yang beredar pada 2016 menjadi titik mula bakat R&B baru tempatan ini diterima cukup global. Dengan jumlah strim yang kini melebihi 12 Juta, Alextbh bergerak cukup tersendiri dalam merencana kraf muziknya.
Setelah itu dia tampil makin yakin dalam beberapa single yang mengutuhkan lagi namanya sebagai the new R&B sensation. Lagu seperti “Morning (See You Again)”, “Still Mine”, “You” dan “Like That” semuanya sudah dinikmati lebih 1 Juta pendengar di Spotify.
Dengan vokal sensual & jaluran muzik terkini, Alextbh sering disebut sebagai Malaysian version of Troye Sivan kerana personaliti serta stail dalam bermuzik.
Terkini dia tampil dengan single “No Space” yang beredar 30 Januari lalu dengan vibe R&B yang cukup berkelas. Selepas tampil mellow dalam single “Walls”, single No Space tampil dengan feel serupa yang ada pada kebanyakan lagu hari ini. Cukup current, segar dan mesra radio.
Menerusi satu artikel Wonderland Magazine, Alextbh berkongsi ilham dibalik lagu “No Space” ;
“I wrote this song after a hookup one night,” alextbh explains. “The premise is pretty much ‘I wanted sex, I got it, I loved the feeling of it, and I want to share it.’
It’s liberating — both sexually and in writing.
I went to Denmark fully prepared to make some sadboy shit, so it’s funny that this song came out of that trip. I guess every artist needs a bit of fun Scandi-pop in their repertoire.
Namanya mungkin kurang dikenali di lapangan Muzik komersil tempatan namun Alextbh bukan nama asing di media antarabangsa. Billboard, Wonderland, V Magazine semua sudah memberi ktedit buat pemuzik muda lokal ini.