Album: A.R Artis: Aisha Retno Produser: Sharon Paul / MFMF. / Aziz Harun / Glowrush / Omar K / Hanis Rafi / Iqie Hugh / John Jeeves
Harapan besar saya sebetulnya untuk bakat sehebat Aisha ini untuk melihat dia melebarkan langkah bermuziknya dengan lebih jaya. Aisha sudah buktikan pada kita kelebihannya di pentas, bermuzik, menghasilkan hits dan kemampuannya menjerat penggemar muzik muda dengan sangat baik.
Jadi penghasilan EP dengan initialA.R ini penting sebagai langkahnya untuk ke fasa berikutnya dalam bidang muzik. “W.H.U.T”, “Jarak”, “I.L.S.M” sehingga yang terakhir “Ternoktah” bagi bergerak sebagai fasa pengenalan. Dan apa langkah seterusnya? Itu menjadi satu hal kritikal yang harus difikirkan Aisha bersama pengurusannya.
Penghasilan single baru itu pasti, saya kira setiap lima bulan Aisha harus konsisten. Dan di sela seli itu lagu-lagunya harus terus diketengahkan pada cara paling dekat dengan penggemar muda khususnya (Mungkin juga endorsement). Jadi saya kira jika melihat data yang sedia ada sememangnya Aisha sangat disenangi dengan lagu-lagu Inggerisnya seperti “W.H.U.T” terutamanya.
Ini jaluran yang harus dia terus terokai lebih lagi. Sebagai anak muda yang ada bakat menyanyi, menulis lagu sendiri dan peka dengan pasaran muzik semasa, Aisha pelapis bintang Pop yang harus terus diraikan dan dijaga sebaiknya kerana potensi yang dia ada sangat besar. She’s young dan Aisha ada citarasa bermuzik yang sangat baik.
Berbalik pada “A.R” – EP ini datang dengan lima trak yang diisi dengan dua lagu yang belum dirilis sebelumnya – “Teduh” dan “Cukuplah” yang terhasil dalam kemasan muzik Pop dalam feel R&B Aisha yang cukup soulful.
“Teduh” (Aisha Retno / John Jeeves / Iqie Hugh) memberi vibes Yura Yunita di intronya. Penghasilan lagu ini begitu memberi kelebihan buat Aisha membebaskan feel dalam nyanyiannya dengan sangat lepas sekali. Saya puas mendengar persembahan vokalnya. Melodi lagu ini cukup mudah menangkap pendengaran dan mengikat dengan sekali dengar.
Penulisan liriknya juga sangat baik, datang dengan vibe yang sangat positif dan menyenangkan. “Izinkanlah ku hadir // Ke dakapanmu // Jadikan kasihmu rumah // Teduh” dan hal ini penting untuk penyanyi semuda Aisha daripada terus terjerat dalam penceritaan patah hati semata-mata.
“Cukuplah” (Firdaus Rahmat / Aisha Retno / John Jeeves) sebuah lagi baru yang diisi di EP ini dengan sangat menyenangkan. Petikan piano yang mengiringi hampir keseluruah lagu ini cukup membuai. Komposisi lagu ini sangat baik untuk mentafsir sifat bermuzik Aisha Retno itu sendiri. Sekali lagi saya sengang dengan penulisan liriknya yang membawa ilham self-empowerment.
Persembahan vokal Aisha sekali lagi sempurna membaluti kehendak melodi dan kemasan muzik di lagu ini. Runs Aisha juga semakin kemas. “Cukuplah” saya kira menjadi antara lagu terbaik yang pernah dirakam Aisha sehingga hari ini.
Bersama John Jeeves dan Firdaus ilham Piano Pop di lagu ini sangat menyerlahkan persembahan vokal Aisha yang cukup soulful sekali gus menghasilkan sound yang begitu tinggi standardnya.
Album: New Classic Artis: Dolla Produser: Hyuk Shin / Mrey / Papi Lee / BARD / SonaOne / Joshua Tan / Rio / Alex Challey / MFMF. / ByHVN
Dolla saya kira a national treasure sebetulnya yang begitu boleh kita banggakan kerana standard muzik telah mereka bawa sejak awal muncul sehingga hari ini semuanya terhasil mengikut acuan muzik global yang current dan produksi muzik yang bukan calang-calang.
Dolla datang sebagai sebuah girl group yang siap dan rapi segala segi. Mereka bukan tentang vokal tetapi tentang muzik dan strategi pemasaran. Hal ini sudah saya bicarakan dalam ulasan-ulasan lagu mereka yang sebelum ini. Universal Music membentuk Dolla dengan cemerlang untuk dijual dan diraikan.
Saya antara yang teruja pabila mengetahui akhirnya album perdana mereka diedarkan. “NEW CLASSIC” menampilkan tujuk trak keseluruhan termasuk single “Damelo” yang beredar lebih awal. Menampilkan nama-nama besar dalam pasaran muzik K-Pop seperti Hyuk Shin (EXO, Shinee) dan MRey (DEAN, Taeyon) sebagai produser utama album ini sepastinya menjanjikan sound yang cukup menarik.
Dibuka cemerlang dengan “CLASSIC” (BARD / Hyuk Shin / Kyler Niko / Mrey / Papi Lee / Paulina Cerrilla) anthem terbaru Dolla yang datang dengan momentum muzik yang sangat hebat. Sound Pop dan EDM di lagu dengan beat yang berbalut kemas persembahan vokal Dolla menghidupkan “CLASSIC” sebagai pembuka yang cukup baik di album ini.
Momentum muzik ini diteruskan dengan lagu “DAMELO” sebelum “MASA” (Alex Cahlly Keys / Karli / Lio) yang meneruskan deru laju tenaga Dolla dalam lagu ini. Pre-chorus “Nuevo goteo on me Pull up in a drop, beep, beep // When you lookin’ at me what do you see? // Mucho dinero, CC” di lagu ini is the best part untuk menikmati lagu ini sebelum diteruskan dengan simple chorus dengan hook “I got that // masa // masa // masa.” Such a fun track to play on repeat.
MFMF. menjadi antara produser yang turut menyumbangkan ilham kreatif mereka menerusi lagu “drip”. Hadir lebih striped down berbanding tiga trak terawal memberi sedikit chill menikmati muzik Dolla di album ini. Korus lagu ini sekali lagi menjadi killer utamanya. Loop pada bait “Drip, drip, drip” begitu addictive dan mengikat.
“best side” (SonaOne / Karli / Rio) meneruskan kelangsungan album ini dengan sangat baik sekali. Melodinya mengikat di saat pertama lagu ini berputar sebelum diteruskan dengan “BO$$ UP” (byHVN / Hyuk Shin / JJean) yang hadir dengan sound yang lebih wild. “Wake up ’cause I’m always on time // Adrenaline, it’s running so high.” mentafsir sifat keseluruhan lagu ini yang datang dengan feel Latin, EDM dan Pop yang disatukan dengan sangat baik. Drum line di hujung lagu dengan riuh suara Dolla yang mengiringi keseluruhan lagu terhasil cemerlang sekali.
“New Classic” memberi satu pengalaman luar biasa menikmati muzik tempatan. Pengisiannya solid dengan lagu yang bersifat kekinian, produksi muzik yang cukup cemerlang. Mendengarnya puas, merasuk dan kecanduan.
Dolla ternyata bergerak sebagai sebuah produk yang telah dilaksanakan oleh orang-orang yang peka, bercitara dan memiliki visi besar meninggikan sandard muzik tempatan Dan hal ini tentu saja harus diberi kredit buat batalion muzik di Universal Music Malaysia. Saya memutarkan album ini sepanjang minggu ini tanpa gagal. A definitely zero skip album.
Warna vokal Nikki malam ini menarik dan lebih berkarakter. Sebagai sebuah persembahan pembukaan ia sangat menarik dan memberi mood yang cukup meriah.
ALIFF AZIZ – CINDAI / GAMBUS JODOH (45%)
Masalah dengan persembahan vokal Aliff malam ini adalah penciptaan karakter dalam kedua-dua lagu tidak strong. Aliff juga kelihatan kurang enjoy dengan persembahannya.
LIZA HANIM – SAMUDERA / YALADAN (54%)
Liza kurang merdu malam ini. Samudera kedengaran agak rush, intense dan kasar. Jika nyanyiannya dilembutkan sedikit di bahagian verse akan memberi impak pada penceritaan. Lagu kedua dia agak struggle menyudahkan medley ini terutama sekali kawalan pernafasan yang sudah banyak dihabiskan di lagu pertama.
JACLYN VICTOR – KETCHUP SONG / CONGA (57%)
Malam ini tentang persembahan. Jac sangat lepas dalam persembahannya dengan momentum turun naik yang kemas. Namun daripada segi nyanyian tidaklah begitu memberi impak.
NAQIU – BOI RADA / EMAK KAHWINKAN AKU (67%)
Naqiu selalu komited di stage, itu kelebihannya untuk bagi karakter yang sangat strong. Namun nyanyian Naqiu agak kurang impak untuk menjadikan keseluruhan persembahan luar biasa.
HADY MIRZA – MAK SITI / ORAK AREK (92%)
Hady is a smart performer. Apa sahaja lagu yang diberikan akan diberi nyawa sebaiknya untuk setiap lagu bergerak mengikut acuan Hady. Suara Hady kemas dan smooth.
SITI NORDIANA – AYAM DEN LAPEH (83%)
It took alot saya kira to fulfill persembahan Nana malam ini. Dua lagu yang dia dapat berada dalam tempo dan transisi yang sangat laju. But Nana manage menyudahkan persembahannya dengan sangat menghiburkan.
AZHARINA – RAMBU RAMBA / LA LAMBA (86%)
Nina hidup dalam persembahan lagu begini. Dia sangat enjoy di pentas dan itu sudah mencukupi untuk lagu dan nyanyiannya menyatu baik. Dia faham kehendak lagu dan bijak mewarnakan nyanyiannya. To be honest saya tidak faham apa maksud komen Tok Ram dengan Nina. Serba tak kena dan tak cukup.
TOMOK – MELODI HATI / CUP OF LIFE (98%)
Tomok memberi vibes final show malam ini. Sangat menghiburkan dan flawless. Lagu begini sangat bersesuaian dengan Tomok kerana sangat menyatu dengan energy yang dia miliki. Terbaik daripada Tomok sepanjang beberapa minggu ini.
Untuk melihat Nikki itu konsisten hadir dengan lagu-lagu baru hal yang membahagiakan sebetulnya. Bukan apa, biar sangat lama di lapangan muzik nama Nikki masih di tahap yang sangat moderate. Tidak terlalu di atas tidak juga di bawah. Namun saya kira tiada siapa pun yang menidakkan kehebatannya sebagai vokalis.
“Sudah” dan “Panas” beredar dalam meneruskan kelangsungan bermuziknya usai fasa Gegar Vaganza. Penerimaan “Sudah” saya kira memuaskan sekali pun ia mampu pergi lebih jauh di tahap lebih baik. “Panas” hadir dengan suhu suam-suam suku sahaja dalam ilham koplo dengan idea mengikat pasaran muzik TikTok namun tidaklah berjaya.
Melihat konsistensinya dia di pentas All Stars GV itu juga saya pasti cukup membahagiakan penggemarnya. Dan belum pula acara final, Nikki sudah mempunyai sebuah lagi single berjudul “Usah Najiskan Cinta Ini” hasil ciptaan Ajai bersama Musrad yang pernah menghasilkan hits “Kesetiaan”.
Lagu ini terhasil dalam standard penciptaan lagu-lagu OST drama Melayu. Balada yang meruntun dalam kisah cinta dipersia juga penyesalan yang diperlambangkan sehina-hinanya dengan perkataan yang paling perlu dielakkan dalam penulisan lirik iaitu “najis”.
Saya ada masalah dengan perkataan tersebut. Saya faham jika maksud penulis untuk keluar daripada klisenya perkataan ‘persiakan’ atau ‘hinakan’ cinta ini. Tapi sebetulnya tidak ada masalah pun dengan perkataan sia-sia atau hina jika mahu digunakan. Mengapa harus ‘najis’?
Saya juga faham juga jika ia sengaja digunakan untuk menarik perhatian orang ramai untuk trigger dan memperkatakan tentang lagu ini. Sekali gus menaikkan traffic and numbers lagu ini. But why do you have to be so low?
Jika anda pembaca biasa Muzik Kita, saya memang against perkataan ‘bodoh’ dalam penulisan lirik. Kenpa perlu membodohkan diri sendiri? (Cth: Bodohnya aku..) Kerana apa? kerana saya percaya perucapan, nyanyian atau penulisan itu refleksi kepada keperibadian penulis mahupun pelantunnya. Lama-lama memang jadi bodoh pun.
Dan sekarang kita ada ‘najis’ pula dimasukkan dalam sebuah penulisan lirik cinta yang penuh dengan kekecewaan. Saya cadangkan sahaja jika terlalu kekurangan kosa kata gantikan saja dengan “Usah kau siakan cinta ini.” ,”Usah kau menghinakan cinta ini.” atau “Usah kau cemarkan cinta ini”. Atau kalau mahu sedikit bombastik boleh gunakan perkataan ‘rucah’. Terlalu busuk perkataan najis itu. Bukankah penulisan lirik itu harus bersifat puitis dan menyentuh? Kenapa harus dikotorkan cinta sebegitu sekali?
Kuizz antara bakat pasaran muzik Urban Pop yang mula mencuri pendengaran saya ketika fasa 2017 dengan single seperti “No Matter” dan “Silence” yang datang dengan ilham EDM dalam infusi Pop yang catchy dan menarik sekali penghasilannya.
Kuizz semakin menarik minat saya dengan penghasilan “Vibe” juga kolaborasi bersama Daiyan Trisya ketika dia bersama MFMF. menerusi lagu “Passin Thru” yang beredar di tahun 2019. Masih menjadi antara legasi Pop tempatan yang terhasil dalam persembahan muzik yang current namun kurang diraikan.
Diam seketika setelah itu, Kuizz saya kira bagai tidak begitu berminat untuk ke depan bergerak dalam radar lebih komersil. Tidak lagi bersama MFMF. di saat kolaborasi produser itu sangat on demand, Kuizz senyap sesekali muncul di belakang tabir untuk penghasilan lagu-lagu Ai.Z dan Yuna.
Terkini dia kembali muncul dengan groove dan lebih fun di single “Loop” yang dihasilkan sepenuhnya oleh Kuizz sendiri sebagai sebuah kelangsungan bermuziknya yang lama mendiam. Lagu ini terhasil dalam ilham Pop yang cukup current, catchy dan menangkap pendengaran dengan sekali dengar.
Korusnya daya pengikat utama dengan pengulangan melodi dan lirik serupa berbalut penuh fun dan cukup menghiburkan. Kuizz pemuzik yang bagus saya kira dalam penghasilan lagu-lagu Pop bersifat kekinian. Rujukan muziknya juga luas dengan sound yang dekat dengan pendengar semasa. Lagu ini jika kena percaturannya akan menjadi siulan.
Pasaran muzik Jazz tempatan menjadi jaluran muzik yang paling terpinggir sekali jika mahu dibandingkan dengan genre lainnya. Di saat sub-genre lain seperti Nasyid, Hip-Hop, Indie Rock semua sudah melewati zaman kegemilangan masing-masing dengan momen terbaik, Jazz di Malaysia masih tersisih daripada pasaran komersial.
Menidakkan tiadanya naskhah yang terhasil atau tiadanya pemuzik yang mahu memperjuangkan muzik ini tidak adil, sejak era 80-an malah sebelumnya sudah banyak penyanyi komersial menjamu kita dengan muzik Jazz (yang pastinya diadun dengan Pop) terhasil dengan produksi muzik yang cukup baik.
Gerakan kontemporari Jazz cukup aktif di era 80-an dengan kehadiran nama-nama popular seperti Mazlan Hamzah, Azmil, Sheila Majid, Fameiza dan Fairuz Hussein yang membawakan Jazz dengan infusi muzik R&B juga Pop bagi menambah nilai komersil pada jaluran muzik ini berbanding apa yang telah lebih awal dibawakan Julie Sudiro atau M. Bakri.
Nama Mazlan Hamzah pernah muncul di pertengahan 80-an dengan penghasilan dua album “Refleksi” (1987) dan “Aku & Diriku” (1984) menjadi antara pemuzik awal yang berani menghasilkan sebuah album Jazz R&B dengan pengaruh Fariz RM dari Indonesia.
Mazlan menerusi dua albumnya itu membuka langkah awal malah lebih awal sebelum Sheila Majid pertama kali mengedarkan “Dimensi Baru” pada tahun 1985 yang ketika itu pantas memberinya gelaran Ratu Jazz.
“Dimensi Baru” hadir sebagai sebuah naskhah yang banyak dipengaruhi muzik City Pop dengan progression chord Jazz yang diteruskan dengan hits lain Sheila seperti “Tua Sebelum Waktu”, “Fikirkan Dulu”, “Warna” dan “Panorama” antaranya yang sekali gus memberikan jolokan Ratu Jazz buatnya sehingga hari ini.
Keterbukaan pendengar muzik di era 80-an membenarkan nama Sheila cukup besar dan diraikan sekalipun apa yang dia lakukan itu cukup melawan arus pasaran muzik semasa yang semakin didominasi muzik Rock dan ilham berpanjangan Pop Melayu Ahmad Nawab yang ketika itu sudah semakin di penghujung pengaruh.
Album “Emosi” dan “Warna” sebuah persembahan muzik yang benar-benar membenarkan Sheila bersama produser muziknya seperti Roslan Aziz, Michael Veerapan, Fauzi Marzuki dan Mac Chew berkarya bebas dalam penghasilan lagu-lagu yang beragam. Remake “Jelingan Manja” meneruskan lagu tanggapan masayarakat yang Sheila sememangnya penyanyi Jazz.
Pada tahun 1988 ketika “Warna” diedarkan yang sekali gus menjadi kesinambungan baik muzik Sheila Majid hadir dua lagi album penting pasaran muzik Jazz R&B iaitu “Getaran” (Famieza) dan “Kali Pertama” (Fairuz Hussein). Menambah warna cukup menarik pasaran muzik ketika itu.
Persona bernama Fairuz Hussein ketika itu benar-benar menyerlah dan memberi harapan pada pasaran muzik yang disifatkan lebih urban ini untuk mendominasi pasaran muzik tempatan. Kejayaan luar biasa single “Kali Pertama” memberi ruang terbaik Fairuz to showcase her talent yang sehingga membawanya ke Indonesia ketika itu dalam penghasilan lagu bersama Fariz RM menerusi “Night in Barcelona” dan duet bersama Harvey Malaiholo “Bawalah Cintaku”.
Menerusi album berjudul “Coba Lagi” Fairuz ke Indonesia dengan persona R&B singer dengan infusi City Pop juga Jazz mencari peluang dan ruang memikat pendengar tempatan. Lagu-lagu komposisi Billy J. Budiarjo (Coba Lagi), James F. Sundah (Api Cinta) dan Elfa Seciora (Lagu Cinta) sedikit sebanyak memberi saingan pada Sheila yang ketika itu semakin digilai dengan lagu “Antara Anyer & Jakarta” juga “Sinaran”. Fairuz sepanjang di Indonesia juga sempat merakamkan sebuah lagu mengisi runut bunyi filem “Catatan Si Boy” memenrusi lagu berjudul “Boy I Love You” (Harry Sabar).
Fairuz sepanjang jalur masa itu telah menghasilkan karya-karya yang cukup hebat. Dengan ilham kreatif Adnan Abu Hassan, Jenny Chin, Azman Abu Hassan dan Johan Nawawi, Fairuz benar-benar menyerlah dalam karya-karyanya. Tanyalah siapa saja yang membesar di era tersebut pasti nama Fairuz akan disebut-sebut sebelum dia memutuskan untuk memperlahankan karier bermuzinya di era 90-an sehingga 2000.
Dan setelah itu era 90-an dalam kerancakan Balada dan Rock menenggelamkan terus Jazz daripada radar muzik semasa. Pasaran muziknya semakin sempit dan kabur – penyanyi dalam pasaran muzik urban juga memilih bereksperimentasi dengan R&B yang cukup popular di pasaran global menhadirkan pula nama seperti Liza Aziz yang cukup kuat pengaruh Shanice dan Chaka Khan.
R&B, Soul dan Jazz di Malaysia dilihat sebagai satu jaluran muzik yang agak kecil pasarannya. Tiga genre ini biasanya disatukan dalam feel Pop bagi menambah nilai komersil dan pada masa yang sama memberi ruang untuk pendengar lebih mudah mendekatinya. Hal ini dilakukan di beberapa album yang siap beredar sepanjang 90-an.
Satu daripadanya adalah album “Ke Sayup Bintang” persmebahan Ning yang diedarkan pada tahun 1997. Rangkaian lagu seperti “Biarkan” ciptaan JP Abdullah bersama Ning sendiri menghasilkan flavor yang sangat menarik dengan permainan vokal Ning yang cukup sensual. Ning dalam satu kolaborasi bersama Najip Ali menerusi trak berjudul “NING” cukup menwan dalam pesona Acid Jazz penuh groove.
Tidak pasti berapa ramai yang mengenal Izlyn yang pernah hadir dengan album berjudul “Duality”. Menerusi album ini Izlyn cukup bereksperimentasi dengan sound Boosa, Jazz dan Dance yang memercikkan rasa berbeza menikmat muzik tempatan. lagu terbaik di album ini adalah “Dancing Eyes” yang memberi kepuasan melayani vokal besar Izlyn.
Syafinaz menerusi kemunculan kembalinya di album “Ingin Bersamamu” menzahirkan feel R&B yang turut terisi dengan infusi Jazz dalam lagu seperti “Mengukir Mimpi” antara yang paling menarik dinikmati di album ini.
Tahun 2007 menjadi gerakan baru muzik Jazz tempatan ke tahap yang sangat baik. “Sangkar” sebuah albumm terbitan Roslan Aziz menghidupkan kembali Atilia ke pasaran muzik tempatan setelah kali pertama di perkenalkan di album R.A.P 96 dengan lagu ciptaan Audi Mok “Pelangi Mimpi”.
“Sangkar” terhasil cukup solid dengan sound yang bersifat mewah dengan menawarkan pengalaman berbeza menikmati muzik tempatan. Rangkaian lagu-lagunya benar-benar memberi kelebihan buat Atilia bergerak cukup tersendiri dengan identiti bermuziknya.
Kehebatan komposisi lagu-lagu seperti “Sudah”, “Duyung”, Selagi”, “Ranjau” dan “Sangkar” sendiri meletakkan standard berbeza album ini jika mahu dibandingkan dengan album tempatan lainnya. Sehingga hari ini saya masih mampu enjoy menikmati “Ranjau” yang saya sifatkan sebagai salah satu lagu terbaik yang pernah dihasilkan Atilia.
Satu lagi nama muncul di sela seli itu ialah Noryn Aziz yang tampil dengan ilham lebih soulful menerusi album “Alam Maya” sebagai sebuah lagi album Jazz terbaik yang pernah dihasilkan pemuzik tempatan. Bersama Michael Veerapan dan Daniel Veerapan album ini tidak hanya memperlihatkan sisi berbeza Noryn sebagai penyanyi berbanding apa yang kita lihat di awal kemunculannya namun juga dia bergerak bebas dengan komposisi muzik original di album ini.
“Kembalikan”, “Lara”, “Make It On My Own” dan “Situasi” menjadi wakilan lagu terbaik dalam menikmati feel Noryn Aziz yang datang serba baru ketika itu. Kekuatan melodi “Cerita Cinta” untuk menjadi lagu cari makannya juga cukup solid meletakkan nama Noryn Aziz sebagai penghibur yang datang dengan ilham berbeza. Biar pasarannya agak kecil dan tidak begitu diraikan di radio terutamanya, namun setiap kali berpentas sambutan tetap hangat memenuhi ruang yang ada.
Noryn setelah itu meneruskan perjalanan dengan album mini berjudul “I’m Alright” sebelum memutuskan untuk menghentikan langkah bermuziknya dalam jangka masa yang cukup panjang sebetulnya sebelum memutuskan untuk memasuki program Gegar Vaganza.
Kehadiran Noryn dan Atilia jugalah menggerakkan ilham menerusi projek “Malam Nada Biru” yang diusahakan Atilia menerusi Mujik Production dalam beberapa siri yang selain menampilkan Atilia bersama Noryn turut menghadirkan Najwa Mahiadin dan Yuna.
Usaha ini bagaimanapun tidaklah berterusan, sayang sekali kerana ia memiliki potensi yang besar dan menarik untuk dikomersilkan pada masa yang sama memberikan platform serta exposure muzik Jazz untuk pengikut muzik tempatan.
Selain “Malam Nada Biru” masih anda ingat “Night of Soulful Star” yang pernah diusahakan saluran televisyen NTV7 dulu? Juga sebuah program yang sangat baik sebetulnya dalam memberi sedikit sebanyak music education buat penonton namun mungkin kerana rating rendah program tersebut juga dibatalkan setelah beberapa musim.
Nama Fairuz Hussein kembali di tahun 2004 dengan sebuah album baru berjudul “Anugerah” setelah tiada langsung album di era 90-an. Berita itu tentu saja membahagiakan pengikut Fairuz yang sekian lama menantikan album terbaru daripadanya.
“Anugerah” dihasilkan bersama Zul Nadzar sebagai produser muzik keseluruhan album dengan bunyian yang begitu eksperimen sekali. Keluar terus daripada ilham pasaran muzik tempatan, Fairuz ternyata mahu melakukan apa yang dia percaya dan suka sahaja.
Hasilnya? Sebagai peminat saya terlalu senang dengan penghasilan keseluruhan album ini. Magikal. Daripada lagu pertama ke penghujungnya, album ini disusun kemas – komposisi muzik yang menarik, transisi daripada satu lagu ke satu lagu yang bersifat kesinambungan sehingga persembahan vokal Fairuz yang cukup effortless. Semuanya dihasilkan cukup cemerlang.
Namun sambutannya? Sudah namanya Jazz tidaklah sama seperti muzik Pop. Album ini ternyata dipandang sepi pendengar muzik tempatan. Radio juga seolah memandang sebelah mata sahaja usaha yang dilakukan Faiurz menerusi album ini. Namun saya kira itu bukanlah misi utama Fairuz menghasilkan album ini. Dia hanya mahu berkongsikan her state of mind menerusi muzik yang mahu dia bawakan. Dan hal ini setidaknya mampu memberi keterujaan buat peminatnya.
Sebuah lagi album yang Jazz yang pernah muncul di era 2000 adalah ilham Dave Andrew yang mengumpulkan beberapa vokalis handalan tempatan seperti Adibah Noor, Taheera, Wan Hardiah menerusi ilham Acid Jazz dalam rakaman lagu original dan rakaman semula yang diramu dengan pengalaman berbeza daripada sound asal.
Album ini juga satu daripada album yang cukup penting pernah dihasilkan dalam memberi nafas dan harapan untuk muzik Jazz terus diterima. Lagu seperti “Keliru” (Taheera), “Cahaya” (Wan Hardiah) dan rakaman semula “My Funny Valentines” oleh Adibah Noor dihasilkan dalam pengalaman berbeza menikmati melodi klasik tersebut. Namun sekali lagi hanya yang tahu sahajalah pernah mendengarkan album ini.
di mana sebetulnya placement muzik Jazz di Malaysia? Selain di pentas kelab-kelab kecil dari era Bangkok Jazz sehingga yang ada hari ini Bobo KL dan Jaotim mampukah Jazz tempatan diraikan sebesar muzik Pop yang lain? Hal ini saya kira harus dimulakan oleh mereka yang berpengaruh.
Soalnya siapa? Televisyen masih mempunyai kuasa ini namun mengapa masih meminggirkan Jazz? Kerana rating? Saya percaya apa juga jaluran muzik jika diberi approach yang betul ia mampu memberikan peluang dan ruang yang betul untuk sama diraikan.
Projek kolaborasi is always a good idea. Menggabungkan bakat-bakat muzik dalam jaluran muzik ini tanpa kira senior atau junior dikenali atau tidak, ia akan membantu perkembangan muzik Jazz untuk mendapat pendedahan yang lebih luas.
Banyak bakat-bakat muda hari ini yang membawakan jaluran muzik begini memerlukan platform yang besar. Kirana Kay, Khodi, Reza Salleh bersama kugirannya The Frankie Sixes, Sean Ghazi bersama Ida Mariana yang mengilhamkan “Kebaya Jazz” sudah bergerak secara independen. Bayangkan mereka diberi ruang yang lebih besar dan ilham-ilham ini pasti mampu diraikan lebih ramai pendengar muzik tempatan.
Arrangement lagu ini membuatkan momentum keseluruhan lagu menjadi agak anti klimaks. Vokal juga tidak begitu kemas, kemerduan melodi tidak dijaga sebaiknya.
AZHARINA – KU TAK BISA (67%)
Lagu yang saya kira benar-benar memberi plus point untuk Azharina lepaskan segala kelebihannya sebagai vokalis. Kolaborasi bersama Putra juga menghasilkan sound yang seimbang. Verse Nina sangat baik.
NORYN AZIZ – TEGAR (23%)
Vokal Noryn sangat tidak stable. Placement all over the place, dinamiknya sangat lemah dan tidak merdu nyanyiannya. Lagu ini simple tetapi terlalu dikomplekskan dengan hal yang tak perlu.
JACLYN VICTOR – ALL I ASK (100%)
This is the best experience menikmati persembahan vokal yang seimbang dan sangat harmoni. So much control dan sangat membuai. Sempurna di setiap sisi persembahan.
NIKKI – DRAMA KING (80%)
Nikki pabila mendapat lagu yang ada power persembahannya akan menjadi sangat interesting. Malam ini vokalnya sangat kemas dan jelas. Powernya ada, persembahannya baik.
TOMOK – TAK MUNGKIN BERPALING (50%)
Vocally Tomok baik malam ini. Bahagian hujung lagu ini memberi dinamik dan impak pada persembahan keseluruhan. Namun ia agak predictable dan tiada faktor yang lebih untuk diletakkan sebagai persembahan yang cemerlang.
SITI NORDIANA – TERINGIN (30%)
Lagu ini sepatutnya menjadi kelebihan buat Nana but it kills hard. Vocally tidak begitu baik dan tidak sedap didengar. Nana agak bahaya malam ini.
LIZA HANIM – HATI KAMA (70%)
Kak Ani sangat menyerlah membuatkan pendengaran agak teralih. Vokal Liza sekadar okey dan air lagunya masih tidak solid. Banyak bahagian diselamatkan Kak Ani tapi masih seimbang dan menghiburkan.
HADY MIRZA – KAMU YANG KU TUNGGU (98%)
Sangat soothing, menyenangkan. Persembahan yang melengkapi dan sangat rapi koordinasinya. Manis dan dan membuai.
NAQIU – SAMAR BAYANGAN (67%)
Hazama sangat memukau. Flawless dan soulful. Naqiu agak tenggelam dan kelihatan sangat struggle malam ini. But kemasan muziknya sangat baik.
Lama kiranya tidak mendengar perkhabaran Waheeda dalam radar muzik tempatan. Terkahir kali setelah melepas dua buah album bersama MIG Records, “Binafsha” (2004) dan “Melodi” (2007) Waheeda muncul di layar lebar mencuba di bidang lakonan sebelum menghentikan langkah seni muziknya dengan mendirikan rumah tangga.
Pesonanya saya kira setelah itu terus diingati dengan hits “Wassini” yang sudah menjadi melodi malar segar sehingga hari ini. Pasaran muzik timur tengah yang diterokainya bersama produser muzik seperti Yasin Sulaiman menciptakan sound yang komersil dan diterima.
Beberapa rangkaian lagu yang cukup saya gemari di dua albumnya adalah “Now I Do” dan “Binafsha” terhasil dengan solid mengikut kelebihan Waheeda sebagai penyanyi yang memiliki attitude tersendiri dalam persembahan vokalnya.
Hampir 2 dekad melodi “Wassini” bergema, Waheeda pada usia matangnya kembali mahu mewarnai pasaran muzik tempatan dengan merilis kembali salah satu lagu di album keduanya menerusi lagu “Sindiran” ciptaan sepenuhnya Waheeda.
Lagu ini sebuah, melodi fusion yang menyatukan instrumentasi muzik daripada jaluran muzik India, Timur Tengan dengan feel vokal soulful Waheeda. Mendengarkannya buat pertama kali ketika diedarkan dulu saya kira ia agak bereksperimentasi.
Sound dihasilkan Waheeda menerusi lagu ini agak heavy jika mahu diketengahkan sebagai single. Liriknya juga datang dengan ilham kemanusian dalam bait panjang sebuah kisah tentang keadilan, jati diri dan penjajahan jiwa.
Hal ini jelas dalam bait “Yang diatas mencalit emas // Yang dibawah menghayun cempala kala dusta.” sebelum melodinya berbabut stail nyanyian klasikal India di tengahnya. Elemen-elemen ini membentuk pemikiran Waheeda sebetulnya sebagai pemuzik yang besar idea dan kemahuannya.
Mendengarkannya hari ini sebagai sebuah lagu yang dirilis kembali masih berat saya kira namun mungkin dalam situasi dunia hari ini, ramai yang mampu mengorek isi mencari makna akan apa yang mahu dipersembahkan Waheeda di lagu ini.
Noraniza Idris itu saya kira budayawan Melayu yang semangat juang dan keinginannya sangat tinggi dalam meninggikan terus tradisi Melayu. Tidak hanya dengan bergantung pada penghasilan lagu-lagu baru tetapi aktiviti budaya secara menyeluruh sudah dia laksanakan sebaik-baiknya.
Biar berganti jaluran muzik yang datang dan pergi, dia tetap utuh bergerak sebagai penyanyi tradisional Melayu yang tidak pernah kalah dengan infuisi Pop dalam karya-karyanya. Setelah kejayaan single bersama Bunga “Intan Payung” pada tahun 2021, Kak Ani meneruskan kelangsungan kerja-kerja seninya.
Namun untuk berhenti dalam penghasilan lagu baru itu tiada noktahnya. Terkini dia sekali lagi bersama Luca Sickta dalam kolaborasi kedua mereka menerusi “Penawar Kita” yang kali ini turut menampilkan ilham kreatif Kmy Kmo dengan paduan suara Hazama sebagai pendamping vokalnya kali ini.
Diilhamkan daripada asas melodi Zapin yang dimodenkan dengan cara biasa yang duo ini pernah hasilkan dalam ciptaan lagu-lagu mereka sebelum ini. Sejujurnya dengan sekali dua pendengaran saya tidak terikat pada penghasilan keseluruhan lagu ini.
Melodinya terlalu biasa, kadang terdengar terburu-buru. Transisi verse ke korusnya yang terlalu laju menimbulkan tanda tanya di mana titik kelembutan dalam melodi ini. Produksi muziknya juga saya kira terlau ‘keras’ untuk penghasilan sebuah lagu Melayu tradisional. Ada kala beberapa bahagiannya terlalu bingit sehingga saya hilang fokus untuk menikmati vokal Kak Ani atau melodinya yang kedengaran berlawan-lawan.
Saya faham akan akan idea serta keperluan suntikan muzik moden dalam lagu ini. Namun tetap untuk sebuah penghasilan muzik tradisional tanpa mengira apa juga infusi muzik yang bersilang, harus ada kelembutannya. Dan hal ini yang saya tidak dapat di lagu ini. Korusnya juga kurang daya pengikat sekali dengar untuk saya ingat dan melekat dengan melodinya.
Hal ini membuatkan pendengaran saya kembali teralih pada penghasilan lagu “Wangikanlah Hatimu” ciptaan bersama AG Coco dan Amir Jahari persembahan Kak Ani yang diedarkan sekitar 2017. Lagu ini sebetulnya yang bergerak sebagai wadah budaya dalam format muzik yang cemerlang.
Sound yang terhasil masih dijaga santunnya dan kelembutannya juga masih dirasai. Baik dalam penghasilan melodi juga persembaha vokalnya. Lirik juga masih berilham pesanan sosial tetapi disusun gaya bahasanya dengan sangat kemas.
Saya bukanlah mahu membandingkan tetapi mungkin atas faktor preference juga, saya masih mahukan penyatuan muzik tradisi dan moden itu terhasil dalam konteks yang tanpa terlalu melanggar kesantunan dan kelembutannya. Dengan manipulasi instrumentasi yang bijak saya pasti sound yang segar itu masih mampu dicipta tanpa menjadikan ia terlalu keras dan terburu-buru sifatnya.
Cukup dikenali dengan rangkaian Balada hebatnya seperti “Teratai Layu di Tasik Madu”, “Dia”, “Apa Sebenarnya”, “Setiaku Korbankan”, “Tiada Nokhtah Cinta” dan banyak lagi, Fauziah Latiff sejak mula menjejakkan kaki di persada muzik tempatan di penghujung 80-an sehingga hari ini saya letakkan sebagai rujukan terbaik jika anda mahu menghasilkan Balada.
Rangkaian Baladanya lembut menyentuh dengan penyampaian yang sederhana membuatkan Jee cukup menyerlah dengan kelembutan suara yang dia miliki. Tanpa perlu bergantung pada nada-nada tinggi semata, nyanyiannya tersendiri dan sehingga hari ini masih diingati dan diraikan.
Melewati katalog Pop sepanjang bermuzik, Fauziah Latiff sebetulnya tidak hanya memiliki Balada yang hebat tetapi rangkaian melodi Pop yang pernah dihasilkan menerusi lebih lima album dihasilkan dengan feel R&B dengan groove yang memikat. Dengarkan kesemua lagu-lagu Fauziah Latiff secara rasmi di saluran YouTube “Getaran Nostalgia”.
RESAH (ZURAINI / JEE)
Dipetik daripada album “Jee 98” yang membawa visi baru muzik Fauziah Latiff yang lebih moden dan dipenuhil dengan ritma Pop. “Resah” ciptaan Zuraini menjadi nadi album ini membentuk Fauziah Latiff yang lebih muda dan cool. Terhasil cukup sensual dengan attitude bermuzik Jee yang lebih ketara sesuai dengan karakter vokalnya.
AKU (HELEN YAP / AMRAN OMAR)
Helen Yap ternyata juara dalam menghasilkan fast Pop yang cukup berkelas penghasilannya. “Aku” salah satu lagu terbaik yang saya kira pernah dirakamkan Fauziah Latiff dalam rangkaian lagu-lagu Pop. Dipetik daripada album “Yang Lebih Kau Cinta”, lagu ini memberi dimensi berbeza keseluruhan album yang dipenuhi dengan Balada.
SAHABAT (ZUL MAHAT / AMRAN OMAR)
Sahabat ketika diedarkan pada tahun 1995 mengubah landskap Pop Fauziah Latif yang datang attitude berbeza. Menjadi single perdana di album ini, “Sahabat” terhasil dalam ramuan Pop yang cukup original dalam pasaran muzik tempatan ketika diedarkan dan meninggalkan terus kebanyakan lagu yang ada. Kraf lagu ini bergerak dinamik dengan idea baru dan segar. Salah satu rakaman terbaik Jee sepanjang karier bermuziknya.
SANDARKAN KE BAHUKU (MAC CHEW / AMRAN OMAR)
Mac Chew memulakan sesuatu yang baru buat Jee di trak “Sandarkan Ke Bahuku” buat Jee. Di balik lambakan Balada yang cukup dominan dengan kerjaya muziknya, lagu ini menjadi pengisian berbeza dalam menikmati muzik Jee yang lebih moden ketika beredar di tahun 1994.
GELORA (RAZMAN / AMRAN OMAR)
Salah satu daripada personal favorite saya adalah “Gelora”. Melodinya cukup chill dengan feel dan groove secukupnya. Vokal Jee sangat menarik dinikmati dalam kesederhanaan yang menjadi lagu ini begitu sempurna buatnya.
MEDAN KASIH (HELEN YAP / Y. Yaakob)
“Medan Kasih” meneruskan kelangsungan muzik Pop Jee untuk keluar daripada kepompong Balada. Lagu ini hadir dalam standard komposisi Helen Yap namun cukup sebati dengan jiwa bermuzik Jee yang mampu membawakanlagu-lagu begini sebaiknya. Antara korus yang terhasil cukup baik.
HANYA DI SINI (HELEN YAP / JOHAN NAWAWI)
Sebuah lagi karya cipta Helen Yap yang cukup baik penghasilannya. Lagu ini benar-benar membebaskan jiwa Jee daripada terus terjerat dalam pasaran Balada. Penghasilan keseluruhan lagu ini cukup fun dan enjoy untuk dinikmati. Korusnya baik, vokal Jee dan suara latar di lagu ini membaluti sempurna kehendak melodi yang dihasilkan.