
Ada beberapa nama segar pasaran muzik tempatan selain Amni Musfirah, Zamaera, Alextbh, Young Raja dan Kuizz yang pernah saya tulis sebelum ini nama Lunadira antara cukup menarik perhatian dengan idea Pop semasa dalam cerita cinta anak muda masa sekarang.
Lunadira tahun lalu tampil cukup meyakinkan dengan single “Stuck With You” yang kini jumah strim menghampiri angka 1 Juta (865,604 sehingga artikel ini ditulis). Feel R&B da Lo-fi dengan efek khas melatari lagu tersebut menjadikan Lunadira antara one to watch this year.
Meneruskan gerakan muziknya, Lunadira tampil ke quirky dalam single “Ur Cute But Boring” yang cukup fun dan segar sekali penghasilannya. Lagu dicipta sepenuhnya Anuar Roslan bersama Lunadira diedarkan 8 Februari lalu di semua gedung muzik digital.
Bagi yang kurang mengenal bakat ini, Lunadira mula dekat dengan muzik atas pengaruh R&B sekitar era awal 2000 serta minat penulisan poetic Daughters dan Frank Ocean.