Seperti biasa setelah tamatnya GV 2017 dengan kemenangan betari seni, Aishah – seperti anda semua, saya juga sudah berkira-kira memikir siapa yang perlu berada di GV 2018. Dua nama paling saya mahukan comeback mereka adalah Dina dan Nikki.
Mengapa?
Jawapannya mudah, sudah tiba masanya mereka diangkat dan kerana sudah terlalu lama kita membiarkan bakat mereka diletakkan di pentas-pentas kecil (namun berprestij) seperti No Black Tie dan KLPAC. Pasaran lebih luas dan komersil diperlukan dua bakat ini untuk dipertontonkan kepada umum.
Selain itu saya juga berharap agar Ramlah Ram, Roy (Ratnaku), Aris Ariwatan dan Farah AF juga.
Namun seminggu sebelum PC berlangsung, Perkhabaran awal Elite akan menjadi sebahagian daripada peserta Gegar Vaganza 2018 sudah buat saya tepuk dahi. Begitu tinggi sekali keyakinan grup wanita popular ini mahu menjadi 12 teratas untuk satu persembahan LIVE berskala besar. Saya ulang persmbahan LIVE.
Yeah they have their moments and we do loves G.I.G, Tamparan Wanita & Trauma. But do we need more? Nope!
Tapi tak mengapalah, saya percaya Astro punya rencana dan agenda mereka sendiri. Selain Elite saya juga mendapat info Azie dan KOOL serta yang lain-lain (yang officially announced minggu lalu) dan Hetty Sarlene yang terang-terang sudah inform seluruh warga Instagram sebulan dua lebih awal.
Dan dalam senarai yang saya dapat awalnya nama Azie dan KOOL sahaja yang tiada dalam senarai akhir 12 teratas GV2018.
Dan, dan, dan…
NORYN AZIZ yang membuat saya betul-betul terkejut dengan keputusannya untuk join GV tahun ini. Dia Fadilla saya sudah boleh agak cuma strategi untuk mengambil grup sebagai salah satu kelainan tahun ini saya kira not bad juga. Forteen yang saya kira masih hijau juga antara kejutan Astro kali ini.
Saya tak ada masalah sangat dengan Forteen cuma andai kata mereka yang menang, Gegar Vaganza dah berubah arahnya. Maksud saya bukankah tujuan asal GV adalah untuk mengangkat otai-otai dalam bidang seni suara? Dan Forteen otai? Ermm, nope! Kalau The Fabulous Cat saya masih ok lagi.
Zamani masih hebat di pentas, itu fakta yang saya kira tiada siapa yang boleh nafikan. Kali terakhir saya menonton konsert Slam di StarXpo, Kenanga dia masih boleh perform dengan baik dengan feel yang maha dasyat di setiap lagu.
Ramai root for Zamani to win this year saya tahu tu. Tapi kalau pun Zamani yang menang akankah radio akan terus menyokong karier muziknya? Klik gambar di bawah untu baca kisah Zamani kecewa dengan sikap orang radio yang tidak memutarkan lagunya. Dan, secara peribadi jika pun Zamani yang menang dia akan hanya jadi the next Ayai, Zarul dan Ezad.
Bukan menidakkan kehebatan Zamani tapi cuba kita fikir akankah Zamani guna peluang kemenangan tersebut dengan memberi justice yang betul? Atau masih akan terus diam sudahnya.
Saya bercakap akan logik, relevan dan realisme pertandingan sepanjang empat musim sudah. Terus terang dalam empat juara yang sudah dinobat hanya Siti Nordiana sahaja yang punya magis. Shine all the way – dari malam kemenangannya sehinggalah hari ini. Belum ada momen yang bikin perjalanan kariernya perlahan. Aishah di level berbeza – undangan konsert demi konsert skala besar yang membanggakan. Letak ke tepi kisah loket mutiara palsu.
Kita perlukan the next Nana yang balance antara talent, punya sasaran pasaran dan yang paling attitude yang betul untuk berada dalam lapangan seni suara. Faham-fahamlah, nak please Malaysian audience ni macam mana pulak kan, belum lagi nak please all the reporters.
MINGGU PERTAMA YANG KURANG GEGARANNYA
Malam Ahad lalu, Hetty Sarlene membuka persembahan dengan cukup promising. Vokalnya masih baik, feel ada dan dia masih kelihatan presentable. Low note Safura buat saya wow tapi bila masuk korus ke hujung lagu all over the place (Cuba dengar guna headphone) – Struggle. Begitu juga dengan Dia Fadila, nyanyiannya tiada warna sekadar menyampaikan melodi.
Billy Zulkarnain seriously not bad cuma saya kira susunan muzik malam tersebut terlalu besar sifatnya but seriously they’re doing better than Forteen. Farawahida paling boring. Noryn Aziz masuk je dah off, macam kata Tok Ram just after seminit lagu baru dia pick-up the feel.
Cuma saya kira Fantasi O Realiti bukanlah Noryn yang sebenar and actually Noryn era Fantasi dah jauh sangat dengan apa yang dia tawarkan sekarang. Transisi Pop Alternatif ke Jazz gap yang cukup besar saya kira. But i do believe she can do wonder with Trauma. But if she fails dan tak pick up untuk second week ini, GV might not be the right stage for her but we definetly love Noryn! Menonton persembahan live-nya di Bobo KL dan Alexis full of soul!
Syafie Rio begitu-begitu sajalah. It’s the song that people enjoy not his performance dan Elite juga. Semua sebab lagu bukan persembahan mereka.
AMELINA STEAL THE SHOW! Aura dan stage presence yang dia ada masih hebat. Amelina perform dengan sangat yakin dan vokalnya masih baik. The real queen of Dangdut she is. Saya tak tahu nak cakap apa dah. Malam tersebut nyata milik Amelina. This time kita bukan saja enjoy dengan lagu malar segar yang dinyanyikan tetapi kita enjoy dengan persembahan hebat Amelina secara keseluruhan. Nyanyiannya masih merdu, lenggoknya masih flawless, confident level 100% dan apa yang lebih penting she enjoy herself on stage!

Amelina paling menyerlah malam pertama GV2018
Peserta GV tahun ini perlu lakukan sesuatu yang lebih meyakinkan. Saya tak suruh buat gimik ya, tapi lebih tepat adalah mengusai kekurangan dalam diri yand ada untuk menjadi Zamani yang lebih baik, Amelina yang lebih menghiburkan dan Noryn yang akan membuka mata lebih ramai orang dengan segala ability dia betul-betul ada.
Markah Minggu Pertama
Amelina (73.8%)
Zamani (72%)
Shafie Rio (64%)
Maya (63%)
Dia Fadila (58.9 %)
Forteen (55.5%)
Hetty Sarlene (54.5%)
Farawahida (53.3%)
Safura (53.1%)
Noryn Aziz (51.9%)
Billy Zulkarnain (49%)
Elite (46%)
ARTIKEL BERKAITAN


