
Bagi yang masih ‘hijau’ tentang bakat Borneo ini, Eyza Bahra merupakan mantan ahli Salammusik (Ingat lagi kelibat Eyza di AJL 28 menerusi hit Aku Pelat). Setelah beberapa single solo perdana dikeluarkan, kini Eyza tampil 100 peratus sedia dengan Suara.
Kalau anda belum pernah mendengar Eyza apa yang saya boleh gambarkan tentang bakat solo ini adalah – nuansa hip-hop yang diadun pop semasa dengan suara keras kadang kasar tetapi masih melodious dan sedap didengar.
Suara dibuka dengan trak Cakerawala yang membawa namanya secara solo di persada mainstream. Trak ini catchy, mudah diingat dan santai. Sebagai single utama saya kira lagu begini tidaklah begitu menyerlahkan kebolehan sebenar Eyza tetapi sebagai naskhahnya komersil, Cakerawala acceptable.
Saya lebih tertarik dengan Bulan yang lebih lembut dan feel Eyza bagus. Dia bijak menyalurkan emosi yang ada untuk trak ini. Eyza bukan power house singer macam Dayang Nurfaizah jadi usahlah mengharapkan ad-lib atau nota tinggi yang ditarik tetapi Eyza saya ulang – bijak menyalurkan emosi yang sepatutnya dia berikan pada trak ini.
Imaginasiku lagu pertama that hook my ear on this album. Energi trak ini dengan momentum susunan muzik dan kesungguhan dalam penyampaian Eyza is everything! Lagu ini cukup hebat penciptaannya, transisi muzik dari verse ke korus dan second verse sehingga ke hujungnya hadir dalam satu impak muzik yang yang maksima. Ini saya letakkan sebagai antara trak terbaik album ini.
Dan segala momentum muzik yang bagus dalam Imaginasi diteruskan dalam trak Kau Yang Ku Nanti. Remake Dato’ Yusni Hamid to the next level. Feel reggae, melayu dan pop dalam lagu ini mengancam sekali. Saya tak tahu nak express macam mana but this remake betul-betul bagus.
Langkah datang dengan lirik yang cukup bagus. Bait “Berdirilah atas pendirian, tahu apa yang kamu mahu.” Dan “Perlu apa gentar jika kehilangan? Kerana ianya adalah suatu permulaan untuk kau pergi!”
Cahaya dan Mentariku antara least favorite. Tapi penutup album ini dasyat sekali. Trak Jumpa Lagi bersama Lawa Nie Geng lagu terbaik album ini. Feel classic, pop, hip-hop yang diadunkan dalam lagu ini sangat bagus. Trak ini buat saya teringat lagu Oh, My! Oleh Nikki Palikat menerusi album Hawa.
Suara sebuah nashkhah yang solid – penciptaan melodi, susunan muzik, kualiti rakaman, vokal dan kesinambungan album ini bergerak atas satu konsep yang tepat untuk Eyza Bahra.
This album should get more attention. Support local, stream this album and buy original. This is a gem! Kudos to Eyza dan DJ Fuzz.