Lagu: Badai Telah Berlalu
Artis: Diskoria / Laleilmanino / BCL
Komposer / Lirik: Laleimanino
Produser: Laleilmanino
Pasaran muzik Indonesia berjalan laju seperti biasa, belum berhujung bulan Januari sudah terlalu banyak rilis yang dipersembahkan dalam ramuan muzik yang pastinya terhasil menawan. Diskoria satu daripada pemuzik yang jalannya disusun kemas dengan barisan lagu-lagu yang sentiasa dinantikan.
Setelah cukup booming dengan kolaborasi bersama Dian Sastro (Serenata Jiwa Lara) dan C.H.R.I.S.Y.E bersama Eva Celia mereka meneruskan perjalanan bermuzik dengan sebuah lagi kolaborasi bersama produser Pop masa kini, Laleilmanino menerusi sebuah lagu berjudul “Badai Telah Berlalu”.
Kali ini mengendeng BCL sebagai vokalis utama, sakti di lagu ini sekali lagi masih pada ilham Disco, Synth dan City Pop yang menjadi nadi bermuzik mereka. Ramuan muzik Laleilmanino dalam menghasilkan melodi begini tidak harus dipertikaikan lagi, terhasil cukup catchy dan menghiburkan pastinya.
Pembukaan lagu ini saja sudah membuat saya tergoda dengan ilham muzik City Pop, J-Pop yang cukup dominan di era 80-an. Persembahan pebukaannya saja sudah buat saya mahu berdansa dalam iramanya.
Saya lebih tertarik dengan lagu ini pabila membaca teks liriknya yang cukup bercerita dengan gaya bahasa yang mempesona. “Selusin purnama berganti berikan cahaya // Menanti gulita kapan kau berlalu” juga di bait “Seribu baju pengantin malam kini // Menari di gantung lemari.” juga bait “
Korus lagu ini juga cukup cemerlang terhasil cukup catchy sekali. “Dan kini ternyata ujung cerita bak kurnia dewata
Hatiku berseri senyum mentari datang kembali // Pilu yang dulu hilang // Badai tlah berlalu.”“Badai Telah Berlalu” menjadi sebuah lagi lagu yang melengkapkan diskografi Diskoria sebagai duo yang cukup dinamik dalam memberikan sesuatu yang cukup mampu memeriahkan lagi pasaran muzik Indonesia.
8.9/10
ARTIKEL BERKAITAN