
Lagu: Anak Raja
Artis: De Fam
Komposer / Lirik: Fahimi Rahmat / Pique / Sophia Liana / Bryan B / Amir Hassan
Produser: Bryan B
Sedar tak sedar sudah sedekad perjalanan bermuzik De Fam sejak awal mereka diperkenalkan pada tahun 2015. “#SUPERGIRLS bergerak dalam landskap Pop yang tidak banyak sedikit merubah radar muzik tempatan ke arah yang lebih baik. Sound Pop yang mereka siapkan menerusi #SUPERGIRLS terhasil segar dan kekinian. Even mendengarkannya sekarang lagu tersebut masih relevan.
Setelah itu Azira, Sophia dan Manggis mengemudi muzik mereka dengan secukupnya. Tidak selalu hadir dengan single yang bersilih ganti namun setiap kali keluar dengan lagu-lagu baru De Fam mencipta momen mereka yang tersendiri.
“Panas” (ALYPH ‘Magicpotion’) antara yang paling baik sehingga hari ini telah mereka hasilkan dan dengan lagu itu juga mengekalkan momentum muzik De Fam untuk terus bergerak sebagai pemain seni muzik tempatan yang sentiasa dinantikan. Ada percubaan yang mengena dan ada yang tudak namun itu hal biasa kerana yang penting adalah konsistensi mereka untuk terus bermuzik.
Pop, Hip-Hop diramu dalam muzik mereka seperti di lagu “With You, “Berubah”, “Bila Ada Kamu” sehingga raya massive hits “Alamak Raya Lagi” terhasil catchy dance mengikat pendengaran.
Penghujung tahun lalu, De Fam sekali lagi hadir dengan buah tangan terbaru muzik mereka dengan pengbasilan lagu “Anak Raja” ciptaan bersama Fahimi Rahmat, Pique, Bryan B, Amir Hassan dan Sophia membentuk lagu ini dalam persembahan Pop yang meneruskan kelangsungan muzik mereka.
Infusi muzik Afro Beats melatari lagu ini dengan sample lagu rakyat “Nenek Bongkok Tiga” diadun sebati dengan korus yang catchy dan tempo yang sederhana. Sakti lagu ini tidak pada pendengaran pertama namun setelah berkali-kali mendengar saya baru terjerat dengan persembahan keseluruhan.
Azira memiliki tone suara yang sedap sebetulnya setelah diamati sebaiknya. Suaranya menjadi tarikan untuk saya kekal mendengarkan lagu ini. Attitude Rap Sophia juga sangat baik dan memberi satu warna yang lebih mengujakan untuk lagu ini dinikmati
“Anak Raja” terhasil sederhana untuk pendengaran saya dan mungkin ia akan agak lambat pick-up selain jika diulang-ulang dengar berkali. Namun ia masih bergerak sebagai salah satu naskhah penting sepanjang sedekad De Fam bermuzik.
7.2/10