
Saban minggu mendapat markah terendah di pentas Big Stage, Wani Kayrie akhirnya membuktikan kehebatannya di pentas semi-final Big Stage dengan persembahan penuh energi menerusi lagu solo Crazy In Love dan persembahan duet cemerlang bersama Sarah menerusi lagu Nisan Cinta.
Wani Kayrie mula mendapat perhatian dengan single Jangan Jangan (DJ Fuzz) yang mendapat tontonan lebih 5 juta di YouTube mula mendapat perhatian kami ketika persembahan di pentas Big Stage menerusi persembahan Destinasi Cinta (Siti Nurhaliza) biar tidak sempurna persembahannya (Ya kami bersetuju dengan pandangan Siti & FT nyanyiannya agak pitchy and all over the place)
Namun potensi yang ada pada range besar miliknya sangat boleh dikembangkan dengan adanya latihan dan pengalaman yang lebih jauh dan lama lagi dalam lapangan muzik komersil khususnya dalam persembahan lagu-lagu Pop.
Crazy In Love saya kira sudah berjaya membuat Wani keluar daripada kepompong selesanya di pentas. R&B nyata sesuatu yang harus bakat muda ini explore. Lagu-lagu upbeat yang berat seperti ini saya percaya mampu menaikkan level muzik Wani lebih tinggi dan berkelas because she definitely can sing and dance biar masih belum sharp, seiring masa dia past mampu. Cuma apa yang Wani perlukan adalah pengurusan yang tepat dan ‘bercitarasa’ untuk bawa namanya keluar perlahan-lahan daripada kepompong tipikal BBNU.

Wani dan Afieq Menjadi Pilihan Muzik Kita
Menerusi persembahan Nisan Cinta, Wani sudah berjaya mendiamkan suara-suara yang mengatakan dia tidak mampu menyanyi live dengan baik. Saya secara peribadi sukakan bakat yang raw begini hanya untuk melihat perkembangan mereka dari satu tahap yang rendah ke tahap yang lebih baik (Tak perlu terlalu sempurna).
Wani Kayrie bakal ke pentas final hujung minggu ini dengan lagu Pematah Hati dan sebuah lagu baru berjudul Saat Terindah ciptaan Rudy Kasmaran bersama finalis lain Sarah Suhairi, Baby Shima, Syafiq Farhain dan Afieq Shazwan.