Muzik semakin pantas. Tanpa perlu lagi mengerah daya dan keringat, di hujung jari tercipta sebuah melodi. Lirik ditulis, berlandas emosi, rasa dan sudut pandang – prompt dihasilkan. Tapi adakah semua itu cukup untuk membuatkan kita senang untuk terus bergelar ‘komposer muzik’? TIDAK.
This is just a game, maybe a guide. Dan seperti permainan digital lainnya, aplikasi AI mendominasi dunia nyata hari ini. Mahu tidak mahu memperakuinya – itu terserah peribadi. Namun atas sebuah kenyataan AI adalah masa depan. Bagaimana kita mahu mencorakkan itu peranan yag harus dimainkan “CREATIVE CONTROL” yang sebetulnya sudah lama tiada di Malaysia.
AI adalah panduan, bukan finishing product yang boleh kita label sebagai karya lengkap. Bayangkan demo hari ini lebih mudah, kerja kreatif akan mengambil masa lebih singkat jalannya. Dengan kebijaksanaan mengolah prompt dan listrik lirik dengan bahasa yang disusun kemas, puitis – Muzik Kita meneroka dunia digital dengan JANAAN MUZIK berlandas idea.
Sekali lagi, AI hanyalah janaan idea bukan sebuah karya lengkap. Maka seminggu dua ini kami bermain dengan kreativiti yang ada bagi membentuk sebuah idea penghasilan lagu yang kami bentukkan sebagai sebuah ilusi kreatif. Kesemua lirik tulisan asal penulis Muzik Kita.
Ini medannya, anda dengar dan kritik di ruang komen. Berangan is free, so why not?
Lagu: Debar
Genre: Pop
Style: Mid-Eastern flair / R&B
Penyanyi cadangan: Iman Troye
Berpaksi pada trend Afro-Beat dan Mid-East yang menyatu dalam stail nyanyian R&B membuah ilham untuk menghasilkan sesuatu yang catchy dan menangkap pendengaran dengan mudah. Inspirasi Faouzia dan bermain dengan kata-kata berulang.
Lagu: Malu Malu Mahu
Genre: Jazz
Style: Big Band / Broadway
Penyanyi Cadangan: Sissy Imann
Jazz never dated. Kalau ia diramu dengan cara yang betul. Daya pengikat harus kuat saat minit pertama. Harus datang dengan susunan muzik yang grand. Maka tercipta “Malu Malu Mahu”.
Lagu: Benar Tiada Lagi
Genre: Balada
Style: Malay Ballad / R&B Style of singing
Penyanyi Cadangan: Siti Nordiana / Liza Hanim
Menghasilkan Balada Melayu paling mudah dengan janaan AI kerana rujukannya banyak. Hanya perlu kreatif dalam styling. Jadi MK masukkan infusi R&B dalam prompt and tadaa, it read well! Terhasil “Benar Tiada Lagi” yang asalnya mahu mengikut tempate Siti Nordiana tapi di hujungnya mengena pula dengan Aisha Retno. Begitulah…
Lagu: Malam Sedih
Genre: Jazz / Soul
Style: Mellow Jazz
Penyanyi Cadangan: Noh Salleh
Selalu berimaginasi jika Noh Salleh do Jazz sebab he can. Jadi janaan “Malam Sedih” ini masih mengikut kebiasaan yang ada pada muzik Noh Salleh. Rujukan paling dekat adalah “Sarawak” – cuma kali ini lebih soulful.
Lagu: Berjerata
Genre: R&B
Style: Gospel Blues
Penyanyi Cadangan: Jaclyn Victor
Bila kali terakhir kita benar-benar ada R&B yang ada groove dengan choir melatari vokal utamanya? Mungkin “Higher Deeper” daripada Ferhad. Kali ini kami janakan dengan meramu idea serupa dengan idea push and power – vibes Jaclyn Victor.