Masih segar dalam ingatan saya akan melodi Pop “Now That I Can See” yang menjadi kegilaan lapangan muzik indie ketika diedarkan circa 2006. Ketika itu, nama Couple antara yang cukup besar dalam scene indie di Malaysia.
Dan menerusi album penuh berjudul “Top of the Pop” nama mereka konkrit sebagai kugiran indie pop yang dihormati sehingga hari ini.
Couple yang memulakan karier di pertengahan 90-an, pasca populariti O@G dan Butterfingers, bergerak atas obsesi muzik vokalis mereka Aidil terhadap kugiran legenda seperti The Beatles, Big Star, The Who dan Weezer sebagai inspirasi.
Dua album terpantas mereka “Top of Pop” dan “Pop Tak Masuk Radio” memberi variasi warna berbeza pasaran muzik tempatan ketika itu.

“Pop Tak Masuk Radio” Album Perdana Sepenuhnya Berbahasa Melayu
Lagu-lagu mereka juga begitu sinonim sebagai pilihan runut bunyi produser TV dan Filem tempatan juga antarabangsa seperti siri TV “KAMI” dan filem Hollywood “Super” lakonan Ellen Page. Feel indie Pop yang dihidangkan kiranya cukup serasi mengisi deretan filem serta siri yang telah siap diproduksi.
Khabr gembira baru-baru ini menganugerahkan Couple sebagai “Ipoh Heritage Band Awards” bersempena hari UNESCO yang berlangsung di Ipoh menjadi satu lagi nota dalam sejarah kewujudan kugiran ini.