
Lagu: Tak Mungkin Ku Melepasmu
Artis: Cantika Abigail
Komposer / Lirik: Ahmad Bagja / Yon Chasman
String: The City of Prague Philharmonic Orchestra
Produser: Irwan Simanjuntak
Indonesia sering merayakan ilham rakaman semula lagu-lagu hebat terdahulu dengan menghasilkan rendisi tersendiri yang tidak hanya luar biasa tetapi apa yang penting adalah melestraikan rangkaian lagu-lagu ini dengan standard yang lebih baik.
Tahun ini setelah Krisdayanti bersama Sandhy Sandoro merakam semula hits Marcell dan Shanty berjudul “Hanya Memuji” serta Sammy Simorangkir yang sempat berkongsi rasa dirakaman semula lagu “Dibalas Dengan Dusta” nyanyian asal Audy – Tiba giliran si manis Cantika Abigail pula.
Memilih lagu yang dipopularkan band Pop Dygta berjudul “Tak Mungkin Melepasmu”, Cantika memberi sebuah kejutan yang masih belum kita bayangkan dia akan merakamkan sebuah Balada ini sebegini.
Cukup dikenali dengan rangakaian lagu-lagu R&B bersama grup G.A.C, Cantika dalam rencana karier solonya turut mengendong ilham Urban Pop / R&B menerusi beberapa single seperti “Start Over” dan “Sign”.
Menerusi “Tak Mungkin Ku melepasmu” , Cantika memberi satu sisi berbeza dengan kematangan vokal serta emosi yang cukup menyatu sempurna dengan susunan muzik yang baru ini.
Dilengkapkan dengan string session istimewa bersama The City of Prague Philharmonic Orchestra, lagu ini terhasil cukup grand dan mewah sekali hasilnya. Emosi Cantika bergerak tenang sepanjang lagu ini yang menghasilkan sebuah pelayaran emosi yang sayu sekali.
Single ini saya kira hadir sebagai sebuah kejutan manis bukan sahaja buat penggemarnya tetapi juga pendengar muzik Indonesia keseluruhannya. “Tak Mungkin Ku Melepasmu” ditanganinya dengan cukup indah sekali.
9/10
ARTIKEL BERKAITAN
Mendekat, Melihat & Menikmati 19 Tahun Usia Bermuzik Maliq & d’Essentials!