Lagu: Sadar
Artis: Budak Nakal Hujung Simpang
Komposer / Lirik: John Bear / Syed H. Daniel
Kugiran Ska dan Reggae, Budak Nakal Hujung Simpang dalam pasaran muzik indie mungkin bukan nama asing dalam memikat pendengaran penggemar mereka. Pasaran muzik Ska Reggae begini juga bukanlah asing di pasaran mainstream. Sudah beberapa kali menawan pasaran komersial.
Ditubuhkan sekitar 2015, BNHS sudah memiliki sebuah album “Bumantara” yang berisi lima lagu sebelum merilis beberapa single seperti “Labu” dan “Mista Pollution” dalam rangka muzik mengutuhkan nama mereka di pasaran muzik tempatan.
Terkini BNHS yang dalam proses mengedarkan album kedua mereka mengedarkan sebuah single terbaru “Sadar” ciptaan Syed Daniel bersama John Bear.
Hadir dalam acuan muzik Ska yang menjadi kelebihan buat mereka, lagu ini terisi sarat pesan humanisme dalam penulisan liriknya yang pendek tetapi tajam dalam konteks kritikan sosialnya.
Bait awal liriknya saja sudah dibuka dengan persoalan besar “Dirasuk rindu, Mencari diri”. Pengisian berat begini menjadi pertaruhan perdana BNHS dalam memikat pendengar muzik semasa dengan pencalonan Muzik-Muzik baru-baru ini.
Mendengarkan “Sadar” membuatkan saya mahu mendengarkan kembali “Labu” yang menurut saya lebih baik acuan komersialnya untuk pendengar Pop seperti saya. “Sadar” kurang daya pengikat dengan sekali pendengaran berbanding “Labu” yang sangat catchy dan menghiburkan dengan durasi yang lebih pendek.
7/10
ARTIKEL BERKAITAN
Pertaruhan Komersial Margosa Menerusi “Cinta Pasti Bersatu” Bersama Aepul Roza