
Melewati katalog pasaran muzik urban tahun ini diisi nama Alif, SonaOne, Kuizz, Aina Abdul dan lain-lain yang menghasilkan sesuatu yang lebih segar daripada apa yang dihidangkan pasaran semasa. Lebih membanggakan nama-nama ini mencipta persada dalam pasaran muzik yang tersendiri tanpa perlu terikat dengan penerimaan yang terlalu luas tetapi masih ada dalam pasaran.
Talitha mula diperkenalkan menerusi Hey Orang Kita dan single bersama Ali Aiman berjudul “Cover You”. Kehadirannya semakin memikat dengan single solo berjudul “Okay” yang benar-benar memberi impak besar dalam karier nyanyiannya sebelum kehadiran EP berjudul “BOYS” yang menampilkan tujuh trak kesemuanya.
Talitha saya kira sudah tampil cukup menawan sebetulnya dalam nuansa Pop yang melatari EP ini. Seawal trak “GIRLS” yang cukup ramuannya untuk popular di radio dia kedengaran cukup baik. Dan kemerduannya dalam penyampaian lagu ini di beberapa bahagian cukup dirasai.
Talitha menulis sendiri lagu-lagu dalam EP ini dengan komposer lain seperti Kuszanagi, The Chief dan Tatsuro Miller.
“Please Stay” antara all time favorite saya dalam album ini yang cukup moden, catchy dan terkini sekali penghasilannya. Lagu-lagu begini saya kira tidak sukar untuk menangkap pendengaran sesiapa pun saat pertama mendengar. Dan melodi-melodi yang catchy ini dteruskan lagi dengan lagu lain seperti “Slip Through the Veins”, “Maple” dan “Fooled Me”.
Album ini saya kira cukup sempurna dalam mentafsir pasaran muzik global hari ini. Pop dalan beat-beat yang sederhana dan lirik poetic yang pasti saja mudah dihadam pendengar remaja khususnya. Naskhah ini perlu dibesarkan dan terima meluas sebagai bukti kita tidaklah ketinggalan jauh dan masih terikat idea muzik lapuk 90-an.