
Lagu: Dan Hari Ini
Artis: Bob Yusof
Komposer & Lirik: Sharon Paul / Hanz Guohang / Iman Imran
Label: Indigital Music
Kali terakhir hadir mengisi portfolio muziknya selepas fasa AF Megastar dengan lagu “Terbuang Dalam Pelukan”, Bob Yusof tampil cemerlang dengan vokal luar biasanya dalam single karya Hafiz Hamidun tersebut.
Setelah itu langkah Bob agak perlahan dalam radar popular tetapi masih berada dalam konteks kariernya untuk bekerja sebagai seorang penyanyi dan penghibur. Kelibat Bob juga sering dilihat sebagai guru vokal rakan-rakan artis lainnya.
Dan peluang berada di pentas AJL yang lalu untuk “Anta Permana” digukan sebaik mungkin. Alunan merdunya begitu flawless dan memberi impak yang berbeza. Bob sempurna dalam kesederhanaan penyampaiannya. Dia tidak overpower lagu tersebut tetapi melengkapi teks lagu yang ditulis.
Terkini setelah beberapa tahun menyepi Bob hadir lebih lembut dan penuh pesona menerusi lagu “Dan Hari Ini”. Lagu hasil ciptaan Sharon Paul bersama Hanz Guohang ini mengambil ilham Balada biasa sebetulnya seperti apa yang kita dengar sebelum ini namun hadir istimewa dengan penelitian vokal Bob yang semakin matang.
Kosmik Pop Bob kali ini lebih ringan berbanding single Balada beratnya seperti “Cinta Terhalang” dan “Terbuang Dalam Pelukan” – mungkin tidak salah jika mengingatkan kita pada lagu “Cinta Seorang Teman” yang lebih ringan sifatnya.
Lagu-lagu bahagia begini saya kira cukup popular sebagai Balada masa kini. Mengambil contoh lain single Hafiz yang cukup booming tahun lalu “Kisah Cinta Kita” atau Andmesh (Cinta Luar Biasa) yang hadir dalam teks Pop yang biasa didengar tetapi dekat dengan jiwa pendengar.
“Dan Hari Ini” mampu meletakkan Bob dalam radar popular seperti kita mengembalikan Hafiz tahun lalu jika diberi peluang yang serupa. Bob antara penyanyi yang cukup baik sekali disiplin nyanyiannya dan saya kira sebagai pendengar, pengamal muzik dan semua yang memiliki platform muzik harus memberikan justice buat bakat Bob dengan single terbarunya ini.
Put this one on repeat mode, anda pasti melayang dengan merdunya suara Bob.
6.8/10
ARTIKEL BERKAITAN: