
Lapangan muzik Pop remaja hari ini semakin pantas bergerak dengan bakat yang tidak henti tumbuhnya. Universal Music Malaysia memperkenalkan bakat baru bernama Zaim Ajmal yang cukup dikenali di kalangan pengikutnya di Instagram dengan merilis single perdana berjudul “Gadees”.
Mengambil ilham Moderate Pop yang cukup catchy dengan pengaruh muzik swinggin 60’s di korusnya lagu ini kiranya mampu menarik perhatian pendengar tempatan yang gemarkan sesuatu yang baru. Diproduksi oleh Taja, “Gadees” ditulis sepenuhnya oleh Zaim sendiri yang bergerak sebagai komposer dan penulis lirik.
Dengan lebih 105 ribu pengikut di Instagram, Zaim memikat penggemarnya di Malaysia dan juga Indonesia yang menggelarkan diri mereka ‘Zaimons’.
Video muzik ‘Gadees’ juga dijangka dilancarkan pada bulan Februari. Zaim beri bayangan bahawa muzik video tersebut membawa tema tarian era 60 -an. Kata Zaim, dia akui seronok ketika menjalani penggambaran video muzik tersebut. Zaim juga akan memuatnaik teaser serta maklumat terkini berhubung muzik video itu kepada peminat menerusi akaun Instagramnya.