
“Tak Pernah Hilang” Kolaborasi Amylea dan Kaer tahun lalu yang menjadi sebahagian daripada fenomena drama bersiri “Nur” begitu memberi kesan sekali bagi karier dua bintang AF ini.
Populariti lagu tersebut bukan calang-caang dengan jumlah strim 2.7 Juta di Spotify dan tontonan melebihi 11 Juta di Youtube.
Karya muzik Farouk Roman tersebut tidak hanya bertahan di carta muzik popular malah membawa lebih tuah buat Amylea, Kaer dan Farouk ke pentas Anugerah Juara Lagu yang lalu.
Meneruskan fenomena luar biasa tersebut, Drama Nur 2 kini menanti giliran tanyangan bagi kesinambungan kisah cinta Ustaz Adam dan Nur ini. Dan tidak lengkap drama yang cukup disenangi ini tidak diisi dengan runut bunyi yang akan melatari drama tersebut.
Amylea menerusi akaun Instagram berkongsi berita tentang “The Nur Original Soundtracks” yang menampilkan sekali lagi naskhah kolaborasi namun kali ini bersama bakat baru bernama Megat menerusi lagu berjudul “Tetap Kamu” yang akan menjadi lagu tema drama bersiri ini.
Berikut senarai lagu yang akan dimuatkan dalam drama bersiri ini yang turut menampilkan nama Marsha, Indah dan Roman.
“Tetap Kamu” Amylea X Megat
Lagu: Farouk Roman
Lirik Amylea
Produser: Farouk Roman
“Bimbang” Marsha Milan
Lagu: Farouk Roman
Lirik: Amylea
Produser: Farouk Roman
“Pudar” Indah Ruhaila
Lagu: Amylea
Lirik: Amylea
Produser: Amylea
“Cintaku” Megat
Lagu: Farouk Roman
Lirik: Amylea
Produser: Farouk Roman/ Amylea
“Dua” Roman
Lagu: Farouk Roman
Lirik: Amylea
Produser: Farouk Roman/ Jenk Ali