Lagu: Iman Tak Sama
Artis: Alvin Jo
Komposer / Lirik: Axl Hunila
Baru saja dinobatkan sebagai Juara baru program X-Factor Indonesia, Alvin Jonathan atau nama pentasnya Alvin Jo hadir dengan single “Iman Tak Sama” yang dipersembahkan di pentas akhir minggu lalu.
Pesona Alvin sejak audition telah membuka mata banyak orang dengan kelebihan dalam persembahan vokalnya selain pakej rupa dan imej yang cukup komersial untuk dipasarkan. Saban minggu Alvin hadir dengan aura pentas yang tersendiri mengikat perhatian penonton untuk kekal menikmati persembahannya.
Siap hadir menakluk pasaran muzik Indonesia, “Iman Tak Sama” hasil ciptaan Axl Hunila ini hadir dalam persembahan Balada yang semakin hangat mengisi pasaran Pop Indonesia yang mengangkat lirik perbezaan agama dalam percintaan.
Penulisan lirik yang semakin banyak di pasaran sejak pertama rasanya dipersembahkan Marcell menerusi “Peri Cintaku” sebelum diilhamkan dalam lagu Mahen “Seamin Tak Seiman” dan Brisia Jodie menerusi lagu “Tabu”.
“Iman Tak Sama” memberi kelebihan pada vokal Alvin yang menyenangkan dan terhasil dalam nada Balada yang tidak sukar untuk pendengar nikmati. Lagu-lagu begini ilhamnya mungkin bukan baru tetapi cukup mesra pendengaran.
Berbekal single ini saya kira langkahnya harus lebih laju selepas ini dalam penghasilan lagu-lagu baru bagi terus memikat pendengaran peminat lagu-lagu Pop Indonesia.
6.8/10
ARTIKEL BERKAITAN
Titi DJ Merealisasikan Netizen Dream Project Menerusi “To Lose”